Update Tawaran Kemudahan Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM 2018 >> Berita Malay 18

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk menawarkan Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah iaitu Ijazah Sarjana dan Kedoktoran secara sepenuh masa dan separuh masa di Universiti Awam Dalam dan Luar Negara bagi ambilan Tahun 2018.
loading...
PPP yang berminat untuk memohon adalah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami setiap maklumat Program Penajaan/CBBP yang disertakan sebelum mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui Sistem e-Penawaran di laman sesawang KPM yang dijangka akan dibuka pada Februari 2018.

Sebarang perkembangan terkini dan pertanyaan mengenai program ini, boleh layari facebook Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) atau e-mel ke: epenawaran@moe.gov.my atau hubungi 03- 8321 7100 atau 03- 8321 7028.



Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Subscribe to receive free email updates: