CALIFORNIA: Seorang lelaki telah menembak mati isteri dan dua anaknya sebelum dia dikatakan turut membunuh diri di kediaman mereka di California.
Suspek dikenali dengan nama Michael Birnkrant, 51 tahun, dipercayai telah menembak mati isterinya Amy Birnkrant, 47 tahun, dan dua anak mereka Drew, 20 tahun, dan Sean, 11 tahun.
Jiran Michael yang mendengar tembakan tersebut segera menghubungi pihak berkuasa tempatan.
Pihak berkuasa yang tiba di tempat kejadian sejurus sahaja panggilan diterima telah menjumpai empat mayat mangsa pada Jumaat lepas di sekitar ruang kediaman tersebut.
Berdasarkan pemerhatian pihak polis, keempat-empat mayat tersebut ditemui cedera di bahagian dada di bilik berasingan di rumah mereka.
Polis juga turut menjumpai sepucuk pistol berhampiran dengan mayat Michael yang dipercayai senjata utama yang digunakan Michael untuk membunuh kesemua ahli keluarganya.
Menerusi portal New York Daily News, Michael dikatakan pernah menjadi pemandu peribadi selebriti ternama Hollywood, seperti Steven Spielberg and J.J. Abrams.
Dalam pada masa yang sama, dia juga turut terlibat sebagai pemandu di set penggambaran filem “Mission: Impossible III” dan “Little Fockers.”
Punca kematian kesemua ahli keluarga tersebut masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa. Sumber: Astro Awani, Editor: Amira