Update Urus niaga tanah GLC perlu surat kebenaran Kementerian Kewangan >> Berita Malay 18

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, surat itu dikeluarkan selepas timbul isu pindah milik tanah Felda baru-baru ini.
felda-jalan-semarak-land-malaysiaKUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenalkan pemakaian “Surat kebenaran kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) persekutuan dan negeri bagi urus niaga tanah” untuk memastikan pemilikan tanah GLC dapat dikawal serta dipantau bagi mengelakkan manipulasi mana-mana pihak sehingga memberi implikasi negatif kepada kerajaan.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan semalam berkata, surat itu dikeluarkan selepas timbul isu pindah milik tanah Felda dan pemaju Synergy Promenade Sdn Bhd, baru-baru ini.
“Surat kebenaran bagi urus niaga tanah dikeluarkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri kepada GLC persekutuan dan negeri untuk memantau urus niaga tanah-tanah GLC agar lebih teratur dan dilindungi bagi memelihara aset strategik negara dan kepentingan rakyat.
“Sehubungan itu, kementerian melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan akan mengeluarkan satu arahan pentadbiran berhubung urus niaga tanah melibatkan GLC yang perlu disertakan surat kebenaran daripada Kementerian Kewangan,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, bagi permohonan urus niaga tanah GLC milik kerajaan negeri, dinasihat dikemukakan bersama surat kebenaran daripada menteri besar atau ketua menteri bagi negeri berkenaan.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :