Sudah pasti ramai yang meminati lagu Aku Belum Mandi Tak Tun Tuang yang telah menjadi viral di media sosial baru-baru ini.
Pemilik kepada lagu tersebut iaitu Upiak adalah penyanyi yang berasal dari Indonesia dan dia mula mendapat tempat di hati para peminat muzik apabila lagu ini menjadi viral bukan hanya di Indonesia sahaja tetapi di Malaysia dan juga di Thailand.
Upiak atau nama sebenarnya adalah Silvia Nanda, orangnya yang kecil dan molek dan dipercayai agak manja dan dia sangatlah mudah untuk didekati.
Baru-baru satu video nyanyian Upiak menyanyi telah menjadi tular di media sosial.
Ternyata, Upiak bukan sahaja boleh menyanyi lagu bahasa ibundanya tetapi dia juga boleh menyanyi lagi versi dangdut.
Suaranya itu amatlah sedap didengar dan ianya mantap walaupun Upiak hanya menyanyi lagu tersebut dengan hanya bersahaja.
Walaupun Upiak merupakan penyanyi yang baru tetapi dia sangatlah pandai membawakan lagu dangdut tersebut dan ramai yang meminati lagu yang dibawa oleh Upiak.
Ini kerana Upiak dikatakan tidak segan dan malu untuk menyanyikan lagu tersebut di atas pentas di mana dia membuat persembahan sambil diiringi dengan beberapa orang penari tambahan.
Melalui video tersebut, Upiak dilihat mengenakan pakaian yang cantik berwarna biru dan ternyata penampilannya itu sangatlah berlainan dengan sebelum ini di mana dia akan memakai kain batik ketika melakukan persembahan.
Suara Upiak semasa menyanyi sambil menari juga dikatakan tidak semput jika dibandingkan dengan penyanyi yang lain di mana ia pasti sangat sukar untuk dilakukan.
Dalam pada masa yang sama, penyanyi asal lagu Tak Tun Tuang, Upiak Isil turut memberitahu bahawa dia tidak akan menolak dan tidak akan serik jika dia ditakdirkan untuk bertemu jodoh dengan lelaki dari negara ini.
Menurut Upiak, dia sentiasa terbuka dalam soal jodoh dan bersedia untuk bersuamikan sesiapa sahaja dari Malaysia walaupun dia bukanlah daripada kalangan artis.
“Kalau jodoh saya dengan orang Malaysia pun boleh saja, asalkan dia benar-benar ikhlas menyayangi dan mahu menjadikan saya isteri.”
“Orang sini pun baik-baik dan soal jodoh saya letakkan sepenuhnya kepada ketentuan tuhan,” katanya.
Selain itu, Upiak juga dipercayai turut menjadi seorang pelawak di kampungnya iaitu Padang, Indonesia.
Penyanyi yang berusia 32 tahun ini menyatakan bahawa dia pernah berkahwin pada tahun 2013, namun hubungannya dengan suami telah berpisah dua tahun kemudian.
Dalam pada itu, Upiak turut mengakui bahawa ada beberapa orang lelaki yang cuba menghampirinya dan mengenalinya setelah namanya menjadi terkenal.
Malah, dia juga memberitahu bahawa dia telah menerima banyak mesej peribadi daripada individu yang tidak dikenali di laman sosial yang mahu berkenalan dengannya.
“Ada yang berani hantar mesej di Instagram dan menyatakan hasrat mahu berkawan dengan saya.”
“Lebih lucu, lelaki yang saya pernah kenal dahulu, tiba-tiba mesej bertanya khabar dan ingin tahu perkembangan terkini tentang saya,” katanya yang tidak menolak untuk terus menetap di negara ini.
Upiak kini yang berada di Malaysia, untuk mempromosikan lagu miliknya iaitu Tak Tun Tuang dan sehingga kini muzik video lagu tersebut telah menerima lebih tiga juta tontonan di laman sosial YouTube MVM Production.
Penyanyi yang berasal dari Padang, Indonesia ini telah memulakan karier sebagai penyanyi sejak berumur 13 tahun dan dia juga telah merakamkan album pertama miliknya ketika berusia 21 tahun.
Sehingga kini, Upiak telah memiliki 19 buah album yang memaparkan pelbagai jenis lagu miliknya dan dia juga memberitahu hanya satu sahaja album miliknya yang terkenal iaitu lagu Tak Tun Tuang. Sumber: Mstar Online, Editor: Amira