Update Wan Azizah: Pertemuan PH dan duta EU tak ancam negara >> Berita Malay 18

Presiden PH itu berkata, perkara yang menjatuhkan maruah negara ialah skandal seperti 1MDB.
wan-azizah_Anifah-Aman_600
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) menyangkal dakwaan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang gabungan 4 parti pembangkang itu mengundang campur tangan asing dan mengancam kedaulatan negara dengan menemui sekumpulan duta Kesatuan Eropah (EU) minggu lalu.
Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara yang menjatuhkan maruah negara ialah skandal seperti 1MDB.
“Mengancam maruah Malaysia adalah apa yang berlaku kepada 1MDB, di mana semua pergi ke mahkamah dan menyalahkan negara kita dan kepimpinan negara,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.
Khamis lalu, pemimpin pembangkang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin PH mengadakan pertemuan dengan 16 duta EU di kediaman ketua delegasi EU ke Malaysia, Maria Castillo Fernandez.
Semalam, Anifah berkata, pertemuan itu ialah amalan politik terdesak dan sempit kerana ia mengundang campur tangan dan tekanan kuasa asing ke atas nilai serta prinsip amalan demokraksi rakyat Malaysia.
Katanya, pertemuan itu turut menjejaskan usaha kerajaan mempertahankan kedaulatan dan imej negara, termasuk industri kelapa sawit negara yang boleh memberi kesan langsung kepada ratusan ribu pekebun kecil yang bergantung hidup dengan komoditi itu.
Beliau berkata, politik sempit PH merumitkan strategi dan dasar kerajaan untuk membela rakyat Malaysia.
“Kita difahamkan bukanlah menjadi hasrat duta besar EU mendengar tuduhan negatif Pakatan Harapan terhadap kerajaan, namun tindakan PH yang berusaha melibatkan kuasa asing adalah satu tindakan amat tidak patriotik dan meremehkan maruah negara, bangsa kita,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :