Update Wanita Hamil Dibelasah Hingga Pendarahan Kerana Rampas Suami Orang. >> Berita Malay 18


Seorang wanita yang menjadi kekasih gelap kepada suami orang telah menerima ‘balasan dendam’ daripada isteri lelaki terbabit.

Wanita itu dibelasah oleh suspek di jalanan dan kejadian itu dipercayai di China.

Selain dipukul, mangsa juga turut dipijak di bahagian perut oleh isteri kekasihnya dengan bantuan kawan-kawannya yang lain.

Mereka turut menampar pipi dan cuba melondehkan baju yang dipakai wanita itu.

Selepas teruk dipijak dengan kasut tinggi dan dibelasah oleh mereka, wanita itu telah menjerit dengan mengatakan dia sedang mengandung.

“Cukuplah. Aku mengandung.” katanya

Namun mereka tidak mempedulikan dengan jeritan dan keadaannya yang sedang hamil sebaliknya terus membelasahnya.

Mulut mangsa berdarah akibat dipukul dan kejadian itu dirakamkan dan telah menjadi viral sejak bulan Oktober tahun lepas.

Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai wanita terbabit. Sumber:Suara.TV, Editor:Farhana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :