Sementara Rafizi Ramli dihukum penjara 30 bulan, tapak NFC ditumbuhi semak samun dan dana RM250 juta untuk menghasilkan ladang ternakan lembu yang antaranya disalahguna untuk membeli kondo masih tidak ketahuan, Shahrizat Jalil yang terkait dengan skandal itu mula mengorak langkah baru dengan membayangkan keinginan bertanding di Sungai Besar dalam PRU 14 akan datang.
Sejak minggu lalu lagi, Shahrizat sudah bersuara membayangkan hasrat sedia bertanding semula itu dan kawasan baru nampaknya sudah tidak malu-malu diberitahunya.
Malah, kata Shahrizat juga, beliau bukanlah orang luar atau asing bagi Sungai Besar.
Sejak kalah dengan Nurul Izzah di Lembah Pantai, Shahrizat jelas kini tidak mahu lagi mempertaruhkan nasibnya di Wilayah Persekutuan yang diketahui tidak menyebelahinya.
Sungai Besar dijadikan pilihan oleh Shahrizat bukan saja kerana kerusi itu adalah kouta Wanita UMNO pada PRU 2013 melalui calonnya, Noriah Kasnon yang kemudian meninggal dunia dalam nahas helikopter, tetapi juga tentunya kerana dimenangi dengan cemerlang oleh Budiman Mohd Zohdi dengan majoriti 9,191 pada pilihanraya kecil 2016 yang lalu.
Apakah jika Shahrizat bertanding di Sungai Besar, bermakna Budiman akan kembali bertanding di DUN Sungai Panjang?
Apa pula nasih Ketua UMNO Sungai Besar, Jamal Md. Yunus kali ini?
Sediakah Jamal dan jentera UMNO Sungai Besar bertungkus-lumus untuk memenangkan Shahrizat?
Apa yang nyata, oleh kerana Shahrizat mengumumkan hasrat untuk bertanding semula sebaik saja Rafizi dijatuhi hukuman penjara, seolah-olahnya dengan hukuman yang diterima Ahli Parlimen Pandan itu sudah membuatkan beliau "suci bersih" daripada skandal lembu NFC milik keluarganya yang pernah menggemparkan negara itu.
Adakah benar begitu imej Shahrizat di mata rakyat sekarang ini?
Namun demikian, kiranya Shahrizat bertanding di Sungai Besar, Rafizi nampaknya sudah ada tugas khusus menantinya.
Oleh kerana beliau tidak boleh bertanding berikutan sabitan hukuman itu yang masih dalam proses rayuan, selain perlu berkempen ke kawasan-kawasan lain di seluruh negara untuk membantu kemenangan Pakatan Harapan, Rafizi juga semestinya kena lebih banyak berkampung di Sungai Besar dalam pilihanraya akan datang nanti.
Isu dan modal lembu oleh Rafizi pasti ditunggu-tunggu, menjadi tarikan utama dan ingin diketahui dengan sebenar-benarnya oleh pengundi-pengundi Sungai Besar.
Related Posts :
Update [VideoTIDAK BENAR Kerajaan abai mangsa keganasan di Christchurch] Walaun bila mengata orang tak ingat...Kalau Pas dan Umno ada lebih 5 kerusi di Perak pun, depa takkan dapat tubuh kerajaan sebab KUNCINYA ada kat Putrajaya! La ni ni orang gila dah macam2? >> Berita Malay 18Khamis, 21 Mac 2019
Jom Channel
Kerajaan Malaysia melakukan yang terbaik untuk membantu mangsa dan keluarga keganasan di dua masjid di Chri… Read More...
Update Banyak perlu dibaiki untuk hebatkan semula sekolah kebangsaan - Prof. Teo Kok Seong >> Berita Malay 18
PETALING JAYA: Seorang ahli akademik menyenaraikan beberapa isu kepada Putrajaya untuk ditangani jika ia mahu meningkatkan standard sekola… Read More...
Update [Video Anak Tupai] Annuar Musa serang Jelutong dengan lagu 'Anak Tupai' pula & Pindaan Jadual Tarikh Pembayaran Pencen Bagi Bulan April, Jun, Julai & September 2019. >> Berita Malay 18Khamis, 21 Mac 2019
Pindaan Jadual Tarikh Pembayaran Pencen Bagi Bulan April, Jun, Julai & September 2019.
Annuar Musa serang Jeluton… Read More...
Update Dari Tangga 35 Di Zaman @NajibRazak Turun Ke Tangga 80 Indeks Negara Paling Bahagia Di Dunia >> Berita Malay 18
Semalam Khalid Samad dilaporkan berkata Malaysia menduduki tangga ke 35 negara paling bahagia di dunia.
Namun, semalam juga digg.com, … Read More...
Update [Video] KPM tidak pernah mewajibkan Modul 10 Minit Perhimpunan - Maszlee >> Berita Malay 18
Kementerian Pendidikan tidak pernah mewajibkan mana-mana sekolah untuk melaksanakan Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP), kata menterinya Dr… Read More...