DUYONG – Tak dapat dibayangkan kesedihan yang dialami oleh seorang ibu apabila bayi yang dilahirkan menderita kesakitan. Hal demikian dialami oleh seorang ibu yang bernama Saniah Karim kerana bayinya yang berusia satu tahun menderita ekzima teruk.
Bayi yang bernama Nur Shahirah Elissa Azlan akan menggaru badannya sehingga kulit mengelupas, luka dan berdarah hampir setiap hari.
Saniah dan suami tinggal di kediaman ibu suaminya di Kampung Jambatan Duyong.
Saniah tidak bekerja dan hanya bergantung hidup pada suami yang berpendapatan RM40 sehari sebagai kelindan lori dan menerima bantuan kanak-kanak (bkk) RM200 sebulan.
Shahirah dilahirkan pada 9 februari lalu tidak mempunyai sebarang penyakit dan masalah kulit namun segalanya berubah ketika berusia dua bulan apabila kulitnya bersisik, kering dan mengelupas.
Anak itu pernah mendapat rawatan di Hospital Alor Gajah dan Hospital Besar Melaka selama dua bulan.
Saniah meluah kan rasa sedihnya kerana anaknya itu sering menangis sambil menggaru badannya hingga luka dan berdarah.
Dia terpaksa memakaikan anaknya sarung tangan hampir setiap masa dan mengikat sarung tangan itu menggunakan tali atau kain bagi mengelakkan anak itu melukakan tubuh badannya sendiri.
"Paling takut pernah anak garu sampai leher berdarah dan risau jika garu di kulit mata," katanya.
Penderitaan yang di tanggung Shahirah membuatkan anak itu hanya tidur beberapa jam sahaja setiap hari sehingga menjejas berat badannya.
Bayi 12 bulan itu hanya memiliki berat badan 6.4 kilogram dan kegatalan yang di alami tidak kira siang atau malam.
Selain mendapatkan rawatan di hospital, pasangan itu juga pernah mendapatkan rawatan cara tradisional namun kesembuhan yang diterima hanya sementara apabila penyakit itu kembali menjadi lebih teruk.
Bapanya berharap agar orang ramai dapat memberi bantuan agar meringankan penderitaan anak perempuannya itu.
Katanya dia tidak mampu membawa anaknya itu mendapatkan rawatan di hospital pakar kulit swasta kerana pendapatannya hanya RM40 sehari.
Doktor mengesahkan anak itu mengalami ekzema teruk tahap dua dan tidak tahu sama ada boleh sembuh sepenuhnya atau tidak.
Dia juga terpaksa mengeluarkan wang lebih untuk membeli susu soya khas setiap bulan selain kos perubatan lain.
Semoga pasangan ini di beri kesabaran untuk menanggung penderitaan ini dan di beri kesembuhan kepada Nur Shahirah Elissa.
Sekiranya orang ramai mahu memberi sumbangan, boleh berbuat demikian menerusi akaun Simpanan Nasional (BSN) 0412629000159605 atas nama Saniah Karim. Sumber:Sinar Harian , Editor:Farhana