Update Bagaimana diplomat Israel boleh masuk Malaysia dengan pasport Israel? >> Berita Malay 18


Menteri Dalam Negeri perlu memberi penjelasan bagaimana sekumpulan diplomat Israel boleh masuk ke negara ini dengan menggunakan pasport Israel sedangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara tersebut.
Bagaimana diplomat Israel boleh masuk Malaysia dengan pasport Israel?Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, diplomat kanan Israel Davit Roet yang mengetuai delegasi Israel ke World Urban Forum (WUF) ke-9 di Kuala Lumpur yang berakhir 13 Feb lalu mengakui di media sosial bahawa beliau telah memasuki negera ini dengan menggunakan pasport Israel.
“Ini merupakan satu cabaran kepada maruah negara, memandangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel dan langsung tidak mengiktiraf Israel.
“Malah Malaysia sering mengecam rejim Israel yang sentiasa menzalimi rakyat Palestin, dan terbaharu Malaysia juga mengecam cadangan Presiden Amerika Syarikat untuk memindahkan kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke Jerusalem,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Fahmi menambah, jika benar diplomat Israel memasuki Malaysia dengan menggunakan pasport Israel, ia adalah satu hipokrisi atau kemunafikan yang amat besar oleh Putrajaya.
“Atau adakah kehadiran mereka ini bermaksud Malaysia bakal mengubah pendirian berhubung Israel? Saya gesa pihak Wisma Putra untuk memberikan penjelasan segera,” tegas beliau.
Beberapa laman portal berita dalam negara 13 Feb lalu melaporkan satu delegasi dari Israel yang terdiri daripada diplomat-diplomat kanan telah dibenarkan masuk ke Malaysia untuk menyertai WUF ke-9 di Kuala Lumpur.
The Times of Israel memetik jurucakap Kementerian Luar Israel mengesahkan pasukan diplomat kanan itu diketuai bekas timbalan duta negara itu ke PBB David Roet.
Roet, yang memasuki Malaysia menggunakan pasport diplomatik Israel, turut mengadakan pertemuan dengan pegawai Malaysia, menurut laporan itu.
Dalam beberapa kiriman di Twitter, Roet menyifatkan lawatannya ke Malaysia ‘pengalaman unik’, dan menambah beliau ‘berbangga mengetuai delegasi rasmi Israel’.
“Saya mempunyai harapan besar tentang hubungan baik kedua-dua negara di masa depan,” kata Roet.
Malaysia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik. Putrajaya juga baru-baru ini lantang mengutuk keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf bandar Baitulmaqdis sebagai ibukota Israel.
Roet berkata beliau mendapati ‘banyak persamaan’ antara kedua-dua negara, dan memuji masyarakat pelbagai kaum yang “bekerjasama untuk masa depan yang lebih baik”.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :