Wanita berusia 29 tahun itu ditahan bersama bayi lelakinya yang masih menyusun badan di sebuah hotel bajet di Chow Kit awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Disebabkan ibunya ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah, seorang bayi lelaki berusia 4 bulan yang masih menyusu badan menjadi mangsa apabila turut terpaksa bermalam di lokap.
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin berkata wanita berusia 29 tahun itu yang ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Chow Kit pada 2.30 pagi tadi, antara 112 individu ditahan dalam Operasi Perdana AADK di sekitar ibu negara sejak Khamis lalu.
Bercakap kepada wartawan selepas operasi tersebut hari ini, beliau berkata, 3 lagi rakan wanita yang berada dalam bilik sama turut ditahan dan disahkan positif Methamphetamine.
Halim berkata, wanita berkenaan dan bayinya akan ditempatkan di pusat pemulihan bagi memastikan masa depan bayi itu terjamin.
Dalam operasi itu, Halim berkata, pihaknya menyasarkan 10 kawasan tumpuan di ibu kota yang dipercayai menjadi sarang penagih dadah seperti di perumahan awam dan hotel bajet.
Katanya, sewaan bilik serendah RM35 semalam antara faktor penagih memilih hotel bajet sebagai “port” untuk memuaskan ketagihan mereka.
Related Posts :
Update Kenapa DS @AnwarIbrahim Ambil Kredit 'e-tuition' Daripada Kerajaan Barisan Nasional Perak? >> Berita Malay 18
Se,alam, calon Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, DS Anwar Ibrahim (DSAI) telah melancarkan tuisyen percuma d… Read More...
Update [Video Hsik, Tolong La Lepaskan Dia Hsik, Kami Hanya Mampu Baca Yasin Je Hsik, Hsik & Akhirnya Azeez Rahim Dibebaskan Dgn Jaminan SPRM] Dok leklok kan bagus! Adun Pas kunjungi YB Asmuni Bin Awi (Exco Agama) & YB Dr Hata Ramli T/M Pembangunan Usahawan menerima kunjungan Ust Ismail Kamus. >> Berita Malay 18Jumaat, 5 Oktober 2018
Hari ini saya menerima kunjungan Adun Pas Yb Mohd Akmal Kamaruddin (Adun Selama) di Pejabat saya. Membincang… Read More...
Update SELEPAS BRITAIN ZAHID TERIMA KUJUNGAN AUSTRALIA PULA >> Berita Malay 18
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia, Andrew Goledzinowski di ibu pej… Read More...
Update [Video ''Nak Pi Sembahyang Lah!'' - Tun Mahathir Buat Lawak] Dr M turun padang untuk Anwar minggu depan. >> Berita Malay 18Jumaat, 5 Oktober 2018
Dr M turun padang untuk Anwar minggu depan
Perdana Menteri Datuk Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai kempen Pak… Read More...
Update Staf penjara ke PD beri sokongan moral pada Anwar >> Berita Malay 18Staf penjara ke PD beri sokongan moral pada Anwar: Kakitangan penjara itu mengambil peluang beramah mesra, bersembang dan berswafoto bersama… Read More...