Update BDS Malaysia gesa kerajaan mohon maaf kehadiran wakil Israel pada WUF9 >> Berita Malay 18

BDS Malaysia melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kehadiran perwakilan Israel dalam World Urban Forum ke-9 (WUF9) yang berlansung selama tiga hari dan berakhir di negara ini semalam.
Dalam satu kenyataan BDS Malaysia menggesa kerajaan Malaysia memohon maaf diatas kesilapan membenarkan wakil Israel hadir dalam forum tersebut kepada rakyat Palestin.
BDS Malaysia gesa kerajaan mohon maaf kehadiran wakil Israel pada WUF9WUF atau Forum Bandar Sedunia itu dihoskan oleh United Nations Human Settlements Programme (UN Habitat).
BDS mempersoalkan adakah Malaysia serius dalam menjaga kedaulatan rakyat Palestin atau kerajaan hanya menanam tebu ditepi bibir?
“Kerajaan dan media Israel yang membuat liputan menyatakan sebagai satu kejayaan ke arah menormalkan hubungan antara Israel dan Malaysia.
“Wakil Israel, David Roet, telah memanfaatkan perjalanannya di sini menerusi media sosial untuk melebarkan agenda Zionisnya.
“Sekiranya kerajaan Malaysia dipaksa oleh PBB untuk membolehkan ‘wakil Israel’ hadir, fakta ini sepatutnya telah diketahui dan tidak disembunyikan.
“Ini akan membolehkan rakyat Malaysia yang menentang penindasan Israel terhadap Palestin untuk bertindak sewajarnya dalam isu ini,” ujar kenyataan itu.
Semalam media tempatan melaporkan beberapa diplomat kanan dari Israel turut serta dalam sebuah persidangan anjuran PBB di Kuala Lumpur, iaitu pertama kali diplomat negara itu dibenarkan masuk secara rasmi ke Malaysia, menurut akhbar Israel seperti dipetik media Malaysia.
The Times of Israel memetik jurucakap Kementerian Luar Israel yang mengesahkan pasukan diplomat kanan itu diketuai bekas timbalan duta negara itu ke PBB David Roet, bagi menghadiri WUF, yang berakhir Semalam.
Roet, yang memasuki Malaysia menggunakan pasport diplomatik Israel, turut mengadakan pertemuan dengan pegawai Malaysia, menurut laporan itu.
Tambah BDS Malaysia lagi, sekiranya kerajaan antara negara sebelum ini yang enggan menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel adalah alasan yang terbaik.
Sebaliknya apa yang berlaku kini adalah perlanggaran hak Palestin sejak enam dekad lalu.
“Kami menyeru kerajaan untuk menegakkan pendirian yang tegas dan berani serta perlu bertanggungjawab terhadap penganjuran persidangan itu yang tidak boleh diterima sama sekali.
“Dengan perkembangan terkini ini, seseorang akan menyimpulkan bahawa kerajaan Malaysia hanya beretorik politik yang kosong.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :