PEKAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji akan memberi lebih tumpuan terhadap kebajikan orang Asli jika menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Dr Mahathir berkata sokongan orang Asli amat penting kepada PH dan boleh menjadi penentu kemenangan gabungan pembangkang itu.
“Saya berikrar dan janji akan beri perhatian pada masalah Orang Asli. Terpulang nak percaya atau tidak sebab saya pun sudah 93 tahun.
“Tetapi kita akan ada orang kita yang akan beri maklumat mengenai Orang Asli. Bukan di sini sahaja tetapi seluruh negara.
“Orang Asli satu komuniti besar dan boleh menentukan sama ada menang atau tidak sesebuah parti politik,” katanya ketika mengadakan lawatan lebih kurang 1 jam di sebuah perkampungan Orang Asli di sini.
PPBM akan meletakkan calon di Pekan, dan bakal berlawan dengan Najib yang mewarisi kerusi Pekan selepas kematian bapanya, Tun Abdul Razak pada 1976 dan terus berkuasa di situ sehingga sekarang.
Kerusi itu secara tradisi ditandingi PAS tetapi diambil PKR yang meletakkan Fariz Musa pada PRU13. Fariz tewas kepada Najib dengan beza 51,278 undi.
Sementara itu, Dr Mahathir sempat berpesan kepada Orang Asli di Pekan supaya tidak mengundi BN dan PAS.
“Jangan undi 2 parti pada PRU nanti. Satu dacing, satu bulan. PAS hanya mengacau untuk tarik undi,” katanya.
Related Posts :
Update TAK PAYAH KACAU PEKAN, TANDING SAHAJA DI TANJONG KARANG >> Berita Malay 18
Tanjong Karang - Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar mengingatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melupakan… Read More...

Update [KUANTAN] GURU DIDAKWA MILIKI VIDEO LUCAH >> Berita Malay 18
Seorang guru dikenakan ikat jamin RM15,000 di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, semalam, selepas mengaku tidak bersalah atas dakwaan mem… Read More...
Update Contohi CIMB beri suami cuti sebulan: Pemuda Pas >> Berita Malay 18Sinar Harian
7 Julai 2017
Gambar hiasan
SHAH ALAM - Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta sewajarnya mencontohi CIMB Bank … Read More...