Update FARID KAMIL BUAT SIDANG MEDIA KHAS ESOK >> Berita Malay 18



Farid Kamil



Selepas lama berdiam diri, pelakon dan pengarah popular, Datuk Farid Kamil bersedia untuk bertemu pihak media di Shah Alam, esok.

Berdasarkan undangan yang diterima, majlis sidang khas ini akan menjelaskan semua isu-isu yang berkaitan dirinya.

Terdahulu, bintang filem Tombiruo ini telah ditahan reman dan disiasat atas empat pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan, menampar polis, penggunaan dadah dan mengganggu tugas penjawat awam.

Bagaimanapun, Farid dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM12,000 pada 16 Januari lalu.

Susulan itu, selebriti berusia 37 tahun ini membuat laporan polis mendakwa tiga rakan artis memasukkan bahan terlarang ke dalam minumannya sehingga mendorongnya bertindak ganas dalam sebuah balai polis, bulan lalu. 


Malah, pelakon drama bersiri Lafazkan Kalimah Cintamu ini turut mendakwa diberikan rokok yang sudah disapu dengan minyak dipercayai daripada bahan dadah.


Ketiga-tiga rakan artis termasuklah seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B pada 1990-an serta seorang lagi pelakon.

Selain itu, Farid juga menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan daripada pihak polis ketika ditahan reman dan turut menamakan pegawai polis yang terlibat sehingga menyebabkan kecederaan ke atas dirinya.

Pada masa sama, Farid juga mempersoalkan mengenai gambar penahanannya yang tular kepada media sewaktu ditahan.


Subscribe to receive free email updates: