Update GERAKAN POSITIF BN BAKAL CATAT PRESTASI LEBIH BAIK >> Berita Malay 18



Gerakan positif BN bakal catat prestasi lebih baik



Marang - Parti Gerakan positif BN bakal catat prestasi lebih baik pada PRU14 di Marang sekali gus membantu kemenangan parti itu di negeri Terengganu.

Pengerusi Gerakan Bahagian Marang, Fong Swee Heng berkata, Gerakan memberi sokongan penuh kepada sesiapa sahaja calon BN yang dipilih bertanding pada PRU14.

Bagaimanapun, Gerakan amat berharap calon pemimpin yang dipilih dapat berkerja bersungguh-sungguh kerana rakyat dan tidak meminggirkan mereka setelah memenangi pilihanraya.

“Sebagai parti komponen, kekuatan parti Gerakan di Marang terhad. Kami tiada dana sendiri, ada kekangan kewangan sebab itu kita perlu bergantung kepada semangat pemimpin yang ikhlas.

"Jika ikhlas, kami positif, BN akan lebih baik pada PRU14. Kami yakin de­ngan pemimpin BN Marang sekarang ini dan berharap pemimpin akan datang juga tidak meminggirkan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menganjurkan Program Jamuan Makan Malam sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Wakaf Tapai di sini.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Marang, A Latiff Awang, Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Yap Kea Ping dan Pengerusi MCA Bahagian Marang, Ng Soo Che.

Pada majlis berkenaan, seramai 12 ibu tunggal juga merupakan ahli Gerakan Bahagian Marang turut menerima sumbangan hamper disampaikan A Latiff pada penghujung program.


Subscribe to receive free email updates: