
Kedudukan ini menjadikan prestasi negara menjadi yang terburuk dalam tempoh lima tahun lepas, kata beliau.
“Menghairankan apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad memberi respons terkejut dengan pengumuman kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
“Ini menunjukkan beliau sebenarnya gagal memahami peranan sebenar SPRM atau buat-buat tidak faham dengan alasan data tersebut ‘tidak berpijak di bumi yang nyata’ kerana SPRM telah bertindak agresif dengan pelbagai tangkapan yang dilakukan oleh pihaknya sejak dua tahun lalu.
Jelas beliau, pengumuman CPI negara membuktikan usaha SPRM itu tidak memberi kesan dalam menurunkan kadar rasuah negara dan kedudukan ke-62 setaraf negara komunis Cuba.
“Malaysia hanya mencatat skor 47 daripada 100 dalam tinjauan CPI tahun lalu, menurun dua mata berbanding 49 pada 2016 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 yang dikeluarkan oleh TI-M, sebuah badan yang mengkaji tahap rasuah di negara-negara di dunia ini yang berpangkalan di Berlin, Jerman.
“Pertubuhan ini mentakrifkan rasuah sebagai “penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan untuk keuntungan peribadi”.
“Walaupun Malaysia berada pada kedudukan ketiga dalam kalangan 10 buah negara Asean, namun ia masih jauh ketinggalan daripada negara-negara lain,” jelas beliau.
Kata Mahfuz lagi, dalam hal ini, elok jika Dzulkifli Ahmad belajar daripada Datuk Akhbar Satar yang mana dalam kenyataannya beliau menjelaskan kegagalan Malaysia untuk menyelesaikan skandal rasuah berskala besar membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tabung Haji, skandal Felda serta Jabatan Air Negeri Sabah menyumbang kepada prestasi buruk Malaysia.
Datuk Akhbar Satar turut mengakui bahawa kedudukan Malaysia akan terus jatuh dalam tempoh beberapa tahun lagi jika skandal yang membabitkan dana awam ini tidak diselesaikan segera, tambah Mahfuz.