TIMBALAN Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir berkata jangkakan semakin banyak kenyataan palsu dan mengarut bakal dilemparkan oleh pemimpin Umno terhadap pembangkang menjelang pilihan raya umum (PRU).

Katanya, yang terbaru ialah kenyataan Perdana Menteri Najib Razak hari ini yang mengatakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim jika pakatan itu menang PRU14.
“Sejak akhir-akhir ini, saya sudah nampak beberapa kenyataan pemimpin Umno yang tidak benar, betul-betul mengarut.
“Contohnya, kenyataan perdana menteri yang kredibilitinya kosong sekarang ini, jadi tidak ada sesiapa pun anggap serius apa yang dikatakannya,” kata Mukhriz pada sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, hari ini.
Najib terdahulu berkata Dr Mahathir, yang dinamakan sebagai calon perdana menteri PH, tidak akan
menyerahkan jawatan kerana beliau menganggap pemimpin lain tidak layak.
Dr Mahathir sebelum ini berkata beliau akan menjadi perdana menteri untuk dua tahun saja paling lama, jika PH menang PRU14.
Ketika ditanya sama ada bapanya akan mengotakan janji, Mukhriz berkata: “Sudah tentu, terbukti yang beliau tidak pernah ambil ringan semua kenyataannya.
“Beliau maksudkan apa yang beliau cakap,” katanya yang juga bekas menteri besar Kedah itu.
Mukhriz berkata kenyataan palsu lain yang dibuat pemimpin Umno setakat ini ialah mendakwa pemimpin pembangkang akan bertanding di bawah lambang DAP, atau beliau (Mukhriz) bakal bertanding di Selangor.
Pada 4 Februari, Dr Mahathir diminta oleh wartawan untuk mengesahkan khabar angin bahawa anaknya Mukhriz akan bertanding di kerusi DUN di Selangor.
“Saya tidak tahun itu. Dia akan bertanding tetapi saya tidak tahu di mana,” katanya dipetik daripada Bernama.
Related Posts :
Update (HAPUS BUMIPUTERA) Amanat Kit Siang’ lebih bahaya >> Berita Malay 18
17 Rabiulakhir 1440H, Selasa– Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari hari ini menyelar kenyataan penasihat parti tamak haloba DAP, L… Read More...
Update Warkah kekanda Mujahid buat adinda Izzah >> Berita Malay 18Warkah kekanda Mujahid buat adinda Izzah: ULASAN | Kekanda perlukan adinda bersama memimpin gelombang besar Malaysia baru ini.
… Read More...
Update [Video Hukum Mengucapkan Selamat Natal] PAS, hangpa beli pulau tengkorak dan duduk di situ... >> Berita Malay 18Selasa, 25 Disember 2018
Hangpa beli pulau tengkorak dan duduk di situ...
PAS, hangpa beli pulau dan duduk di situ...
Gesaan seor… Read More...
Update Surat Terbuka Mufti Perlis kpd PM BUKAN bagus sangat, apologetic, merugikan Islam >> Berita Malay 18
http://bit.ly/2EMGMtY
Jenis apologethic jugak surat ni, salahkan ciri2 Islamic buat orang bukan Islam takut nak masuk SK? Apa yg dia merep… Read More...
Update Tak puas hati kena marah isteri, lelaki bunuh pekerjanya >> Berita Malay 18
… Read More...