Update MENYELAMATKAN RAKYAT DENGAN ISLAM >> Berita Malay 18

jika orang bukan islam boleh terima konsep ta'wun, tiada sebab orang melayu tak boleh terima.

PAS hanya memperkenalkan konsep tersebut demi keamanan,namun jika orang yang mengaku islam sendiripun tak boleh terima maka berhadapanlah mereka dihadapan Tuhan di akhirat nanti.

Kebanyakan orang melayu beragama islam, mereka tiada pilihan dengan berbagai alasan, MEREKA WAJIB TERIMA.

PAS merasakan konsep TA'AWUN adalah yang terbaik, jika ada yang memberikan berbagai alasan untuk menolaknya maka mereka perlu bertanyakan kepada diri sendiri 

Menolak konsep Ta'awun bersama orang-orang kafir bermakna mereka adalah sebahagian daripada kaum tersebut, sekalipun masih melaksanakan ibadat secara islam.

 

-Pak Karamu-

 

Pas akan amalkan konsep ta’awun

AddThis Sharing Buttons

Pas akan amalkan konsep ta’awun
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM -  Pas akan mengamalkan konsep ta’awun yang lebih terbuka dan tidak terikat dengan syarat-syarat yang lebih ketat seperti tahaluf dalam menangani politik semasa.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, konsep ta’awun mendekatkan Pas dengan masyarakat umum dan pihak lawan secara muwajahah silmiyyah yang menjadi konsep demokrasi.

"Pas memilih pendekatan muwajahah silmiyyah (berdepan secara damai) dengan menyertai amalan demokrasi pilihan raya mengikut konsep keutamaan dalam dakwah dan jihad yang bertujuan menyelamatkan manusia bersama Islam, sama ada menganut Islam atau berada di bawah pemerintahan Islam tanpa menganutnya, tetapi melihat pelaksanaan Islam yang adil terhadap semua dan membawa rahmat," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Abdul Hadi berkata, sejarah membuktikan kalangan bukan Islam lebih rela berada di bawah pemerintahan Islam. Maka penganut Islam yang berkhilaf hendaklah lebih wajib menegakkan kuasa pemerintahan Islam.

"Perjuangan kita terkini ialah menyedarkan Islam paling besar jumlahnya yang wajib memimpin kuasa politik negara dan ditambah dengan usaha mengislamkan bukan Islam tanpa paksaan atau mereka menerima pemerintahan Islam melalui pilihan raya," katanya.

Katanya, pendekatan melalui penerangan dan pengajian sahaja tidak mencukupi, justeru itu hendaklah disertai agenda menunjukkan Islam boleh diamalkan bersama pihak lain yang dinamakan ta’awun lebih luas lapangannya daripada tahaluf.

Beliau berkata ta’awun membolehkan kerja yang bersifat kebajikan diterima oleh semua pihak. Pelaksanaan  ta’awun (bertolong menolong dalam perkara yang baik dan menentang segala kemungkaran).

"Pendekatan ini boleh dilaksanakan dalam semua keadaan sama ada menjadi pembangkang atau tidak semestinya kalau berkuasa memerintah negeri atau negara," katanya.

Subscribe to receive free email updates: