Update Mohd Amar tegaskan ada bukti pertemuan AMANAH, Umno >> Berita Malay 18

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberitahu, beliau kekal dengan dakwaannya sebelum ini berhubung kerjasama dan pertemuan antara Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Umno Kelantan.
Bagaimanapun, timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, beliau tidak akan mendedahkan bukti yang dimilikinya.
"Dia boleh nafikan tapi kita ada maklumat dan ada saksi yang mengatakan ada perjumpaan antara pimpinan AMANAH dan Umno.
"Kita sebut gitu jelah. Tak ada, tak ada (nak tunjukkan bukti).
"Dia nak nafi, nafilah. Dia tuduh kita ada RM90 juta pun tak ada bukti," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Seminar Merakyat Membangun Bersama Islam di Bangi hari ini.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Mohd Amar mendakwa beliau mempunyai maklumat mengenai kerjasama antara AMANAH dan Umno.
Menurutnya, wujud perbincangan antara pimpinan kedua-dua parti itu untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Bagaimanapun Pengerusi Badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.
Manakala AMANAH turut menafikan dakwaan berkenaan dan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Amar.
Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata AMANAH tidak perlu bersusah payah menjatuhkan kerajaan PAS kerana ia akan jatuh dengan sendiri.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :