Update Najib lupa hadir majlis MoU terowong dasar laut? >> Berita Malay 18

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengecam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan projek terowong dasar laut negeri itu adalah satu pembaziran dan tidak perlu.
"Mengapa perdana menteri tiba-tiba mengeluarkan kenyataan mengatakan ia satu pembaziran kerana sudah ada dua jambatan di Pulau Pinang?
"Saya sudah katakan ia perancangan masa depan kita. Terowong akan siap pada 2027 dan ketika itu, kesesakan akan menjadi lebih buruk dan dua jambatan tidak lagi mencukupi," katanya pada sidang media di Komtar, hari ini.
Beliau turut mempersoalkan Najib yang baru memperkatakan soal itu sedangkan beliau sendiri pada April 2011 menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dan Beijing Urban Construction Group (BUCG) dari China untuk menimbang membina terowong itu dan lebuh raya di Pulau Pinang.
Beliau menunjukkan gambar majlis tersebut, yang memaparkan Najib berdiri di sebelahnya.


Turut hadir di majlis yang dibuat di Kuala Lumpur itu adalah perdana menteri China ketika itu, Wen Jiabao dan pegawai BUCG.
"Tetapi mengapa pada masa itu Najib tidak mengatakan projek ini membazir wang rakyat atau sesuatu yang tak perlu?
"Mengapa selepas tujuh tahun beliau baru berkata demikian? Adakah kerana pilihan raya umum (sudah dekat)?
"Kami menggesa perdana menteri untuk menjelaskan mengapa beliau membuat pandangan itu sekarang, tuju tahun selepas menyaksikan sendiri majlis menandatangani MoU antara kerajaan negeri dan syarikat China," katanya lagi.
Bagaimanapun Lim berkata beliau bersangka baik yang Najib mungkin terlupa tentang acara itu kerana kesibukannya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :