INDONESIA- Seorang lelaki dipercayai telah mati dibakar hidup-hidup bersama motorsikalnya oleh penduduk kampung kerana telah disyaki cuba mencuri kambing.
Kejadian itu dilaporkan telah berlaku di daerah Birm,mangsa yang dikenali sebagai Julkifli,20, telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dan mangsa telah diseret ke satu kawasan yang luas.
Muhktar SH,Pegawai Daerah, memberitahu lelaki itu telah dibakar di kawasan padang bola di Kampung Tangga Baru.
"Mangsa telah ditangkap dan dibunuh kerana dia disyaki mencuri kambing penduduk kampung,"katanya.
Menurut laporan, mangsa berjaya diberkas bersama rakan subahatnya apabila salah seorang daripada penduduk setempat ternampak mangsa cuba untuk mencuri kambing penduduk kampung.
Sejurus kejadian itu, penduduk kampung berjaya mengejar mangsa bersama motorsikal ,namun malangnya rakan subahat mangsa berjaya melarikan diri daripada ditangkap.
Kemudian, mangsa telah di seret ke arah padang lalu dibakar hidup-hidup oleh orang ramai bersama motorsikalnya.
Laporan menyatakan Julkifli meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan yang menyayat hati.
Kaharudin Thalib, pegawai penyiasat polis Bima,berkata, pihaknya masih lagi melakukan siasatan terhadap kes ini,namun masih belum membuat sebarang tangkapan.
Jenazah Julkifli telah diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.Editor: Ila Hakimi








Related Posts :
Update [Video Berpautlah dan undi BN...Minyak Naik Lagi & Kedudukkan najib di dunia dan apec tak seberapa pun] Pandikar bodoh, tak faham Perjanjian Malaysia 1963, kata Shafie Afdal. >> Berita Malay 18Isnin, 20 November 2017
Otai BERSIH
Suka Halaman Ini · Semalam ·
Saja nak tanya... kalaulah ada peluang… Read More...
Update [Video Zimbabwe: Thousands celebrate end of Mugabe era] PERASUAH! Rakyat Zimbabwe pun dah bangkit...Mugabe dialukan ke Malaysia jalani rawatan perubatan. >> Berita Malay 18Isnin, 20 November 2017
Otai BERSIH
3 jam ·
Akhirnya rakyat Zimbabwe bangkit..!
Mugabe dialukan ke Malays… Read More...
Update KPAU3.0: KONVENSYEN PEMERKASAAN AGENDA UMMAH PENUH PENGISIAN - HISHAMMUDDIN >> Berita Malay 18
Kuala Lumpur – Naib Presiden Umno, Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 (PAU3.0) sampa… Read More...
Update [Video Najib UmnoBN Infrastruktur Sabah Pun Tak Mampu Bangunkan, Nak Bantu Lagi Trump USA] Bekas ketua Pemuda PBS bawa lebih 1,100 ahli BN sertai Warisan. >> Berita Malay 18Isnin, 20 November 2017
Bekas ketua Pemuda PBS bawa lebih 1,100 ahli BN sertai Warisan
Zam Yusa
| November 19, 2017
Jake Noi… Read More...
Update KPAU3.0: KONVENSYEN PEMERKASAAN AGENDA UMMAH PENUH PENGISIAN - HISHAMMUDDIN >> Berita Malay 18
Kuala Lumpur – Naib Presiden Umno, Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 (PAU3.0) sampa… Read More...