Update PANDANGAN KETUA SETIAUSHA HARAPAN MAIN SILAP MATA , LEMAH ! >> Berita Malay 18

APA YANG JELAS UNDI MELAYU BERPECAH.

SEBAB BERPECAH PADA DASARNYA ADALAH KERANA MAHADHIR MUHAMMAD.

MEMBUAT PENILAIAN RAKYAT MAHU MELAWAN BN ADALAH SUATU ALASAN LEMAH ATAU SEKADAR ALASAN SUPAYA JANGAN MELETAKKAN KESALAHAN KEPADA PENGURUSI PAKATAN HARAPAN.

RAKYAT MESTI MENCARI  SEBAB MENGAPA MELAYU BERPECAH BELAH ?

SEBAB YANG SAMA JUGA PERLU DICARI MENGAPA CINA ATAU PENGUNDI BUKAN ISLAM BERSATU TAPI DISEBALIK TABIR ?

 MENEPIS APA SAHAJA ALASAN MELAYU SEBENARNYA TIDAK BERPECAH ADALAH GIMIK POLITIK PUTAR BELIT DAN ALASAN MUNKAR.

TERNYATA BERPECAH BELAHNYA MELAYU ADALAH KERANA UMNO,BERSATU,PKR DAN PAN YANG DITUNGGANGI ....

SEMENTARA PAS LANGSUNG TIDAK TERLIBAT ATAS PERPECAHAN ITU KERANA PARTI ITU BERDASARKAN ISLAM BUKAN ATAS DASAR PUAK DAN KAUM.

JADI RAKYAT PERLU MENILAI !

TAKBIIIIIR !!!

-Pak Karamu-

 

Cuma rakyat melawan BN, Pas

AddThis Sharing Buttons

Datuk Saifuddin Abdullah
Datuk Saifuddin Abdullah
(Ubah saiz teks) 
 
TIDAK timbul isu undi Melayu pecah tiga dalam perebutan kerusi PRU14 akan datang sebaliknya yang wujud ialah rakyat melawan BN.

Ketua Setiausaha Sekretariat Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berpendapat, tidak timbul undi Melayu pecah tiga tetapi hakikatnya hanya terbahagi kepada Harapan lawan BN dan Pas.

“Apabila undi Melayu pecah kepada tiga, tidak bermakna ia pecah tiga secara saksama, iaitu kira-kira 33 peratus bagi setiap satu parti (BN, Pas  dan Harapan).

“Menurut tinjauan Institut Darul Ehsan (IDE), dalam konteks ini, BN mendapat peratusan yang lebih tinggi, tetapi jumlah peratus yang mengundi Pas dan Harapan digabungkan adalah lebih tinggi daripada BN,” katanya.

Saifuddin yang juga pemimpin PKR menjelaskan, atas kertas, sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru yang libatkan BN, Pas dan Harapan, ia menguntungkan BN.

“Tetapi, sekiranya rakyat anggap bahawa apa pun berlaku, termasuk Pas mewujudkan pertandingan tiga penjuru, tetapi hakikat sebenarnya ialah ia tetap perlawanan satu lawan satu iaitu rakyat lawan BN, maka tak timbul undi Melayu pecah tiga, ia hanya terbahagi kepada Harapan menentang BN dan Pas.

“Dalam kes ini, saya yakin, jumlah yang bakal mengundi Harapan adalah lebih besar. Hal ini kerana ada kemungkinan besar penyokong Pas akan mengundi Harapan.

Beliau yang juga Pengarah (Strategik dan Pembangunan Masyarakat) IDE mengingatkan bahawa majoriti pengundi bukan Melayu, khasnya Cina, dijangka mengundi Harapan.

“Justeru, Harapan perlu mendapat undi Melayu yang signifikan jumlahnya. Apabila dicampur undi Melayu dan undi bukan Melayu, maka, kelihatannya Harapan mempunyai kelebihan,” jelasnya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :