Tuan Ibrahim berkata setiap negeri menghantar sekurang-kurangnya 2 atau 3 nama bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Di peringkat parti kita teliti calon-calon tersebut dan kita serahkan balik kepada negeri masing-masing untuk turunkan calon-calon yang telah dicadangkan,” katanya kepada pemberita selepas ceramah isu semasa di Pasir Tumboh, malam tadi.
Beliau bagaimanapun berkata ada beberapa negeri belum menghantar maklumat lengkap mengenai calon yang bakal mewakili parti itu.