"Perkara pertama saya nak buat dengan hadiah wang kemenangan ini untuk bayar zakat." Itu hasrat seorang warga emas, Mat Rani Jantan, 70, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 selepas muncul juara dalam pertandingan memancing di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di sini, semalam.
Mat Rani dari Bandar Pusat Jengka itu antara 1,200 peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan anjuran Azmi Joran Bagus dengan kerjasama Majlis Daerah Pekan (MDP).
Dia yang datang bersama isterinya, Fatimah Ali, 67, yang juga salah seorang peserta berjaya menaikkan ikan keli seberat 6.8 kilogram hanya selepas 18 minit pertandingan dimulakan pada jam 8.30 pagi.
Mat Rani bersama isterinya selepas membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.
Ketika ditemui Sinar Harian, Mat Rani mengakui pengalaman yang ada digunakan sebaik mungkin selain menyifatkan ia satu rezeki buat dia dan isterinya yang datang ke Pekan sejak Khamis lalu sempena pertandingan tersebut.
Saya anggap ini satu rezeki buat saya dan isteri dan buat masa ini tiada sebarang perancangan khusus.
“Cuma benda pertama saya nak buat nak bayar zakat,” katanya yang turut berhasrat mengadakan kenduri kesyukuran.
Related Posts :
Update KERAJAAN PH AKUI SUKAR TUNAI JANJI ROYALTI MINYAK >> Berita Malay 18
SEPERTI yang sudah dijangka, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menunaikan royalti 20 peratus yang … Read More...
Update MUFTI jadi Sasaran RASIS, Mana Menteri Segala Agama? >> Berita Malay 18
Mufti pula menjadi sasaran sikap rasis mereka. Dihina dan diaibkan oleh sebahagian yang lahir daripada sistem UEC.
Belum pun UEC diiktira… Read More...
Update Tun M: Biro Tata Negara akan dikekalkan, Menteri Budak, Syed Saddiq DIAM sudah >> Berita Malay 18
Acara : Majlis Apresiasi Penggiat Media Sosial pro kerajaan Pakatan Harapan
Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya
… Read More...
Update KERAJAAN PH AKUI SUKAR TUNAI JANJI ROYALTI MINYAK >> Berita Malay 18
SEPERTI yang sudah dijangka, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menunaikan royalti 20 peratus yang … Read More...
Update Harga Barang Sebelum GST 80 sen, Semasa GST 85 sen, GST 0 rated 85 sen, Tolong kami Mujahid, Menteri Segala Agama >> Berita Malay 18
Ada pihak pernah mendakwa bahawa GST punca kenaikan harga barang.
Sekarang GST sudah zero rated.
Apakah harga barang sudah turun ?
Kongs… Read More...