Begitu banyak perubahan sejak bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihantar ke penjara pada 10 Februari 2015.
Percubaan tanpa henti untuk menyingkirkan Anwar daripada landskap politik Malaysia sejak 2008 kini memakan diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri.
Pemenjaraan Anwar membawa kepada perdamaian semula yang sebelumnya tidak dapat dibayangkan dalam sejarah dunia antara dua seteru politik: Anwar dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada 28 Jun 2008, saya menonton siaran Astro TV sebuah program bual bicara berbahasa Mandarin ketika saya pertama kali mendengar berita berkenaan laporan polis oleh Saiful Bukhari Azlan terhadap Anwar. Antara 2004 dan hari ketika Najib diangkat sebagai perdana menteri pada April 2009, stesen televisyen sempat merasakan sedikit ruang kebebasan. Terdapat banyak program bual bicara politik disiarkan dalam pelbagai bahasa. Peraturannya ketika itu adalah 1) tidak boleh mengecam perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Badawi; dan 2) bercakap dengan menggunakan fakta. Semua ini dihentikan sebaik Najib menjadi perdana menteri.
Ketika mendengar berita itu, saya bergegas ke Concorde Hotel, Shah Alam, di mana PKR mengadakan pemukiman bagi memberi sokongan moral terhadap Anwar. Anwar kemudian mendapat suaka politik di kedutaan Turki pada hari berikutnya.
Jangan kita lupa dan mari sama-sama kita fahamkan konteks di sebalik pemenjaraan kedua Anwar sedekad lalu.
Apa mereka lakukan ke atas Anwar
Pada 8 Mac 2008, BN hilang dua per tiga majoriti parlimen selain kekalahan mengejutkan di lima negeri. Pembangkang menang 82 kerusi parlimen, jauh lebih banyak berbanding cuma 19 yang diperoleh pada pilihan raya 2004.
Anwar dihalang dari bertanding sehingga 14 April 2008, lima tahun selepas pemenjaraan pertamanya berakhir. Beliau dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004 apabila rayuannya dibenarkan bagi mengetepikan sabitan dakwaan meliwat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2000. Ketika itu Anwar sedang menjalani hukuman penjara empat tahun yang dijatuhkan sebelumnya atas dakwaan rasuah. Kebetulan, Anwar dipecat oleh Mahathir pada 2 September 1998 ketika Anwar menjawat jawatan timbalan perdana menteri.
Kebanyakan penganalisis bersetuju bahawa Abdullah membubarkan parlimen pada 13 Februari 2008 (pada hari ketujuh Tahun Baru Cina) sebelum tahun keempat parlimen ke-11 bagi mengelakkan Anwar layak bertanding sebagai calon pilihan raya.
Sebab utama yang membolehkan Umno berkuasa begitu lama adalah kerana ketiadaan pemimpin tunggal utama yang dapat diterima merentasi semua komuniti kaum. Tengku Razaleigh Hamzah menunjukkan ciri kepompinan seperti itu pada pilihan raya 1990 sementara Anwar menunjukkan peranan itu pada pilihan raya 1999 ketika dalam penjara.
Seterusnya, pada 2013, Anwar memainkan peranan sebagai perdana menteri alternatif (meski tidak dipersetujui oleh PAS, yang ketika itu merupakan salah satu parti komponen Pakatan Rakyat).
Faktor Anwar-Guan Eng
Meskipun tidak layak bertanding, kepimpinan Anwar merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kepada tsunami politik pada pilihan raya 2008. Contoh paling tepat adalah rundingan kerusi di Pulau Pinang antara PKR dan DAP pada 9 Januari 2008.
Saya merupakan setiausaha minit mesyuarat membantu pemimpin DAP Tan Kok Wai dan Teresa Kok dalam usaha rundingan kerusi mereka. Yang telah digariskan: DAP akan bertanding 21 daripada 40 kerusi dewan undangan negeri. Namun akhirnya Anwar dan Lim Guan Eng mencapai sepakat DAP akan bertanding 19 kerusi sementara selebihnya untuk PKR akan PAS.
Persepakatan itu memberi kepastian kepada pembangkang Pulau Pinang berkenaan kerusi untuk mereka memulakan kempen. Saya dijangka bertanding di Parlimen Bukit Bendera dan mendapat manfaat daripada persepakatan itu. Calon PKR yang asalnya ingin diletakkan di kerusi DUN Pulau Tikus didapati tidak mampu menang kerana lawannya adalah calon Ketua Menteri Gerakan Teng Hock Nam. Calon PKR itu diberikan kerusi di Kebun Bunga yang dianggap lebih mudah untuk dimenanginya.
Dengan gembiranya beliau menyerahkan pusat kempennya di Bangkok Lane yang cantik (di kawasan parlimen Pulau Tikus, kedua-dua kerusi itu terletak di Bukit Bendera). Meskipun ramai yang mengatakan Bukit Bendera mustahil untuk dimenangi, pada hari saya berpindah ke bangunan itu (yang dibina pada 1920), saya sudah merasakan saya sedang menuju kemenangan.
Lebih penting lagi, persepakatan itu memberi imej kepimpinan dari kerjasama Anwar dan Guan Eng. Guan Eng dimasukkan penjara setahun di Penjara Kajang dari 25 Ogos 1998 sementara Anwar dipenjara dari 20 September 1998 hingga 2 September 2004.
Guan Eng tidak boleh bertanding pada pilihan raya 1999 dan pilihan raya 2004. Pilihan raya 2008 merupakan percubaan pertamanya sejak 1995.
Gabungan imej Anwar-Guan Eng memberi kesan yang begitu besar di seluruh negara dalam tempoh dua bulan selepas persepakatan 9 Januari 2008. Persepakatan yang dicapai Pakatan Harapan pada 7 Januari 2018 menamakan Mahathir sebagai calon perdana menteri ketujuh dan Anwar sebagai calon perdana menteri kelapan, selain persepakatan dalam rundingan kerusi, memberi kesan perasaan yang serupa tentang kepastian pengagihan kerusi dan kepimpinan. Umno terumbang-ambing sejak pilihan raya Mac 2008 sementara kelemahan kepimpinan Tun Abdullah disalahkan atas kekalahan Umno dan BN. Anwar dibolehkan bertanding selepas 13 April 2008 dan khabar tentang BN akan dijatuhkan pada 16 September dengan Anwar sebagai Perdana Menteri mula timbul.
Pakatan rakyat secara rasminya ditubuhkan pada 1 April 2008 yang seterusnya menaikkan lagi imej Anwar sebagai calon Perdana Menteri.
Kesilapan Abdullah
Rakyat marah apabila perdana menteri ketika itu, Abdullah menaikkan harga petrol sehingga 40 peratus pada 4 Jun. Rakyat mula menerima dan teruja dengan idea sebuah kerajaan baru yang dipimpin Anwar.
Sebuah sidang parlimen tergempar diadakan pada 23 jun bagi mengesahkan langkah kerajaan menaikkan harga petrol dengan harapan meredakan kemaraham rakyat. Ramai ahli parlimen BN diam-diam berkongsi rasa tidak puas hati mereka dengan kami dan ada yang lain mula percaya BN mungkin akan dijatuhkan.
Read More / Baca Lagi >>