Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak tiba di Majlis Pecah Tanah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bandar Pekan Fasa II, di Kampung Pulau Keladi, hari ini.
Projek itu adalah sebahagian daripada peruntukan diluluskan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM564 juta bagi pelaksanaan projek RTB Bandar Pekan yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 83,000 penduduk, membabitkan kawasan seluas 6,200 hektar.
Hadir sama,Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob; Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' Sri Muhammad Safian Ismail; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Timbalannya, Datuk Ir Hamim Samuri.
Perlaksanaan projek RTB ini merangkumi tiga Parcel iaitu Parcel I di sekitar Bandar Diraja Pekan seluas 2,600 hektar; Parcel II di kawasan masjid, hospital dan Perumahan Pelangkah (1,500 hektar) dan Parcel III membabitkan kawasan seluas 2,100 hektar di kawasan Sungai Miang dan Durian Sebatang.
Projek RTB Fasa I yang bermula pada hujung tahun 2014 dijangka siap sepenuhnya Mei ini, manakala Fasa II pula yang membabitkan kos RM108.6 juta akan siap menjelang bulan Mei tahun 2020.
Related Posts :
Update RAKYAT SEMAKIN SEDAR BN LEBIH BAIK MENJAGA KEPENTINGAN RAKYAT >> Berita Malay 18
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata setelah tewasnya UMNO dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu, terdapat berb… Read More...
Update DATA TUNJUK MASIH LEMBAP, MENTERI KATA BAIK... >> Berita Malay 18
Bekas Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membidas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Y… Read More...
Update Wanita mengamuk hempuk kepala teman lelaki dengan komputer riba >> Berita Malay 18Wanita mengamuk hempuk kepala teman lelaki dengan komputer riba: MIAMI - Seorang wanita dilaporkan mengamuk dan menghempas sebuah komputer r… Read More...