Air sungai yang surut, ditambah lagi dengan kedatangan musim udang galah memeriahkan Sungai Rompin dan sungai-sungai lain di daerah ini.
Ia memberi kelebihan kepada nelayan sungai untuk menambah pendapatan selain menarik pemancing tempatan dan luar untuk berkunjung, sekali gus menaikkan sektor pelancongan. Bagaimanapun, ketamakan segelintir untuk mendapatkan udang galah dalam kapasiti besar menggunakan kaedah haram dibimbangi merosakkan kemeriahan tersebut.
Penduduk Kampung Aur, Ahmad Rizal Abdul Hani, 39, berkata, pihak berkenaan itu menggunakan kaedah haram seperti menuba dan seharusnya ditangani segera. Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa perlu membuat pemantauan agar kejadian seumpama itu tidak berlaku.
“Setakat ini saya dengar-dengar ada yang mula nak menuba untuk mendapatkan udang galah dalam kapasiti besar dengan cara mudah. “Kemeriahan memancing udang baru saja nak pulih dan jangan dirosakkan, pihak berkuasa perlu pantau agar mereka takut untuk melakukannya,” katanya kepada Sinar Harian, di Mudzam Shah, di sini, hari ini. Rompin merupakan daerah yang terkenal di Pahang sebagai destinasi memancing udang galah atau popular dengan gelaran ‘jenggo’ di kalangan pemancing.
Related Posts :
Update [TEMERLOH] PENGORBANAN MUSLAILI, HASLINA JAGA ADIK-BERADIK DAPAT PERHATIAN >> Berita Malay 18
Pengorbanan dan ketabahan dua beradik di Kampung Baru Lebak di sini yang menjaga enam adik-beradik yang mengalami masalah mental selepa… Read More...
Update Apa itu Kurikulum Bahasa Inggeris Sejajar Tahap Penguasaan CEFR (Part 3) >> Berita Malay 18
Part 3: What is CEFR-aligned curriculum?
Jika terlepas tren Part 1:Apa Itu CEFR?, Part 2a, 2b, 2c: Kenapa CEFR? Sila ke pos sebelum-sebel… Read More...
Update [TEMERLOH] PENGORBANAN MUSLAILI, HASLINA JAGA ADIK-BERADIK DAPAT PERHATIAN >> Berita Malay 18
Pengorbanan dan ketabahan dua beradik di Kampung Baru Lebak di sini yang menjaga enam adik-beradik yang mengalami masalah mental selepa… Read More...
Update [Video MICROSLEEP 2 SAAT boleh meragut nyawa pemandu nak pulang beraya! >> Berita Malay 18Isnin, 27 Mei 2019
MICROSLEEP 2 SAAT UNDANG BAHAYA BUAT PEMANDU DI MUSIM PERAYAAN
Pernah tak memandu dalam keadaan mengantuk, tiba-tiba a… Read More...
Update Hapus sekolah vernakular, tiada perbincangan terperinci diperingkat kabinet >> Berita Malay 18
PERMATANG PAUH 24 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, tiada perbincangan secara terperinci dilak… Read More...