Update Sekeping Gambar Lama Sudah Cukup Buat @cmlimguaneng Memfitnah DS @NajibRazak >> Berita Malay 18


Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng bertindak melatah apabila Perdana Menteri, DS Najib Razak mempersoalkan Projek Terowong Dasar Laut (PTDL) membazirkan duit rakyat. Berikutan itu dengan sekeping foto lama Lim Guan Eng telah mempersoal kehadiran DS Najib Tun Razak sewaktu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman / Memorandum of Understanding (MoU) PTDL pada 28/04/2011. Baca di sini.

Sayugia diingatkan, DS Najib Tun Razak hadir pada majlis berkenaan atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri untuk menghormati kehadiran Perdana Menteri China , Wen Jiabo yang turut sama hadir. Kedua, mungkin juga kehadiran DS Najib Tun Razak adalah untuk menyantuni jemputan Ketua Menteri Pulau Pinang. Baca berita berkenaan di sini.

Sekiranya DS Najib Tun Razak tidak hadir pada majlis berkenaan, berkemungkinan Lim Guan Eng akan menuduh DS Najib Tun Razak tidak menghormati Perdana Menteri China dan tidak menyokong projek yang kononnya memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang.

Kedua, kemungkinan besar ketika itu DS Najib Tun Razak tidak diberi gambaran lengkap oleh Ketua Menteri Pulau Pinang atau dari pejabat Ketua Menteri dan tidak tahu secara terperinci transaksi tersebut adalah tinggi memandangkan ianya adalah majlis menandatangani MoU sahaja dan MoU hanya mengandungi intipati atau perkara pokok atau utama sahaja (salient points).

MoU tidak sama dengan perjanjian. Ianya hanyalah suatu bentuk pernyataan bertulis berhubung persefahaman dan hasrat pihak-pihak yang terlibat untuk bekerjasama tanpa mewujudkan suatu hubungan perundangan sesama mereka. 

Ketiga, DS Najib Tun Razak juga mungkin tidak sangsi dengan keupayaan Consortium Zenith Sdn Bhd yang akan menjalin kerjasama strategik antara Zenith Construction Sdn Bhd dan dua kumpulan syarikat pembinaan gergasi dan berpengalaman dari China iaitu China Railway Construction Co. Ltd. (CRCC), bersama Beijing Urban Construction Group (malangnya sekarang kedua-dua syarikat telah tidak terlibat lagi dalam projek tersebut).

Persoalannya, adakah ketika itu Lim Guan Eng ikhlas menjemput DS Najib Tun Razak tanpa ada agenda tersembunyi untuk memerangkap DS Najib di masa hadapan? Jika ikhlas sudah tentu Lim Guan Eng atau pejabat Ketua Menteri, bukan sahaja memaklumkan kandungan MoU berkenaan malah akan turut memaklumkan terlebih dahulu kepada DS Najib Tun Razak tentang senario sebenar projek tersebut, antaranya:

a) Bahawa kos keseluruhan projek ini dianggarkan bernilai RM6.3 bilion dengan pembayaran tunai serta pembiayaan melalui pemindahan 110 ekar tanah pinggir laut di Gurney Drive dengan nilai keseluruhannya sebanyak RM6.3 bilion kepada pihak Konsortium.

b) Bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak melaksanakan proses tender terbuka kerana telah meminta Konsortium yang merupakan syarikat khas (SPV) untuk menjadi kontraktor utama projek ini dan bergabung dengan syarikat-syarikat kontraktor lain;

c) Bahawa kos bagi kajian kebolehlaksanaan PTDL sahaja mencecah RM305 juta;

d) Bahawa kajian ini tidak perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menyerahkan projek ini kepada pihak Konsortium; 

e) Bahawa kerajaan negeri P.Pinang akan membayar terlebih dahulu sejumlah besar bayaran kajian kebolehlaksanaan PTDL walaupun projek belum siap (RM220 telah pun dibayar);

f) Bahawa tidak perlu menyiap dan menghantar kajian kebolehlaksanaan PTDL kepada Kementerian Kerja Raya dengan alasan jangkaan pelaksanaan PTDL masih lambat;

g) Bahawa pihak Konsortium bukan sahaja akan dibayar untuk kerja-kerja pembinaan malah bila siap nanti boleh mengutip tol selama 30 tahun;

h) Bahawa pihak Konsortium boleh menjana untung RM 0.27 bilion menerusi hasil kutipan tol;

i) Bahawa penilaian terhadap harga 110 ekar tanah 'prime' di Gurney Drive tersebut tidak mengambil kira potensi kenaikan berlipat kali ganda nilai atau harga tanah tersebut pada masa hadapan; 

j) Bahawa kos PTDL ini boleh berubah-ubah di masa hadapan (sekarang kos pembinaan 3 jalan melonjak dan kos PTDL pula telah dikurangkan).

Jika dimaklumkan semua senario di atas sudah tentu pada ketika itu lagi DS Najib Tun Razak akan mengkritik keras projek tersebut. Walaupun 7 tahun lalu DS Najib Tun Razak menyaksikan majlis tandatangan MoU tersebut tetapi selepas satu persatu skandal PTDL terbongkar, maka adalah sangat wajar sekarang ini DS Najib Tun Razak menegur bahawa PTDL adalah satu pembaziran.

Terdesak sungguh LGE hinggakan foto lama pun cuba dimanipulasi untuk menutup kelemahan sendiri. Mungkin selepas ini tak perlulah DS Najib Tun Razak hadir dalam mana-mana majlis anjuran DAP, untuk mengelakkan fitnah sebegini dari berulang.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :