SENARAI calon yang bakal mewakili Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sudah diserahkan kepada presiden parti Najib Razak, kata Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata Najib dan naib presiden parti Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas timbalan presiden parti sedang dalam rangka bertemu semua ketua bahagian Umno bagi memperhalusi senarai calon itu.

"Ini untuk memastikan calon yang diberi adalah yang disukai rakyat, bukannya semata-mata pilihan parti atau individu tertentu," kata Tengku Adnan yang juga menteri Wilayah Persekutuan semasa ditemui pada program jualan ikan separuh harga anjuran Umno Putrajaya di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata berdasarkan senarai berkenaan, peratusan calon muda dan berpengalaman adalah seimbang.
Berhubung muka lama yang pernah tewas dalam PRU sebelum ini tetapi berhasrat bertanding semula pada PRU14, Tengku Adnan berkata peluang masih terbuka namun, mereka perlu mengemukakan alasan bagi kekalahan lalu dan bagaimana memenanginya pada PRU14.
"Mereka boleh mempromosi diri sendiri tetapi perlu bersedia menerima hakikat sekiranya tidak dipilih kerana tindakan mempromosi dibuat mereka sendiri, bukannya oleh parti," katanya.
Tengku Adnan berkata Umno mempunya mekanisme tersendiri dalam menentukan calon pilihan raya selain tapisan oleh agensi tertentu seperti polis, Jabatan Insolvensi dan Suruhanraya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mengenai tindakan parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC yang dilihat terkedepan dalam mengumumkan calon PRU14 bagi kawasan tertentu berbanding Umno, Tengku Adnan berkata ia mungkin disebabkan jumlah calon dan kerusi bagi parti terbabit adalah sedikit berbanding Umno.
"Mereka boleh umum tetapi kita akur kepada saranan presiden agar ia tidak dilakukan sehingga pengumuman rasmi calon dibuat apabila tiba masanya," kata Tengku Adnan yang juga setiausaha agung BN.
Mengenai program jualan ikan separuh harga, beliau berkata sebanyak tiga tan ikan termasuk pelaling, kerisi dan cencaru dijual kali ini.
Selain itu, sebanyak 750 ekor ayam turut dijual dengan harga RM5 sekilogram, katanya.
Related Posts :
Update [Video 7 ketua cawangan Umno, bekas ADUN keluar parti] Kesian Shahidan, tersepit kerana tidak diberitahu. >> Berita Malay 18Ahad, 27 Mei 2018
Kesian Shahidan, tersepit kerana tidak diberitahu
Nampaknya lakunan ini bakal menjadi kenyataan buat Shahidan.
Selepas … Read More...
Update [Video 'Bail out' 1MDB terbesar dalam sejarah] TAHUKAH ANDA? Isham Jalil adalah seorang drpd 17,000 org LANTIKAN POLTIK yg membazirkan duit rakyat semata2 utk ampu Najib & BN! Najib perlu jelaskan juga mana pergi RM33 bilion dana 1MDB. >> Berita Malay 18Ahad, 27 Mei 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 2 jam ·
TU DIA !!!. ada hati gesa Ketua Pesuruhjaya… Read More...
Update Jika 2 Tahun Tun M tidak cukup Betulkan Negara, Kenapa Perlu Serah Pada Anwar >> Berita Malay 18
Semua kita sedia maklum dan memang mengikut perancangan, Tun Mahathir Mohamad dijangka hanya mahu menjadi Perdana Menteri untuk temp… Read More...
Update TERTANYA2? Mengapa Najib Simpan Wang Dalam Bentuk Cash?? >> Berita Malay 18
MENGAPA NR SIMPAN WANG DALAM BENTUK CASH
1. Dua hari lepas, pihak media telah melaporkan yang wang yang dirampas oleh pihak Polis dari … Read More...
Update [Video Sis ni 'pembaris' ke?] Berhati2 dengan kehadiran manusia durjana yg mengelilingi pemimpin PH! Mengapa MB Negeri Sembilan nak angkat pengkhianat ni (Chegubard & Edy Noor Redzuan)? Apahal pula Rafiq Exco Negeri Melaka terhegeh2 dengan Ketua Menteri Melaka ke 6 ni! >> Berita Malay 18Ahad, 27 Mei 2018
Otai BERSIH
Suka Halaman Ini · 2 jam ·
Mb Negeri Sembilan bersama Chegubard &am… Read More...