Update Sentimen Melayu Johor pertahan ‘negeri Umno’ masih menebal, kata penganalisis >> Berita Malay 18

PPBM yang menjadi 'anak bongsu' gabugan pembangkang masih belum kuat untuk membawa perubahan sikap di kalangan pengundi Melayu.
johor_umno_600
PETALING JAYA: Di sebalik keyakinan pembangakang memecahkan kubu kuat Umno di Johor, negeri kelahiran parti Melayu itu, seorang penganalisis politik berkata peluang Barisan Nasional (BN) untuk kekal berkuasa di Johor masih cerah kerana sentimen pengundi Melayu untuk mempertahankan Umno masih menebal.
Datuk Dr Ismail Sualman, seorang ahli Majlis Profesor Negara (MPN), turut membayangkan yang faktor calon berwibawa di kalangan pembangkang juga mungkin gagal memberi kejayaan di Johor.
Menurutnya, pengundi Melayu melihat kepada parti dan bukan calon ketika mengundi, dan ini memastikan Johor sentiasa kekal menjadi kubu Umno.
“Sentimen di Johor lain,” katanya mengulas sama ada berlaku perubahan sentimen Melayu di Johor, susulan penubuhan parti serpihan Umno, PPBM.
“Mereka tidak kisah siapa yang akan bertanding tetapi akan melihat parti yang ingin dipertahankan. Sentimen Umno cukup tinggi dari segi pembentukan Umno dengan semangat permuafakatan Johor,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, Wan Saiful Wan Jan dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata kajian pihaknya mendapati PPBM mempunyai peluang bertanding di Johor yang sekian lama dianggap kubu kuat Umno, jika parti itu diberikan kerusi campuran.
Beliau berkata, kebergantungan Pakatan Harapan (PH) kepada PPBM untuk memenangi kerusi majoriti Melayu menyebabkan parti itu dalam dilema.
Bagaimanapun, Saiful bersetuju tidak mungkin wujud perubahan besar dalam sokongan pengundi Melayu pada pilihan raya akan datang.
Ismail juga yakin di Johor, BN dapat mengekalkan kerusi Parlimen yang dimenanginya pada PRU lepas, malah merampas kembali kerusi Parlimen yang mereka kalah.
Satu faktor kemenangan ini akan berlaku adalah pertandingan 3 penjuru di Johor, yang bakal menyaksikan BN, PH dan calon ketiga dalam sesuatu kawasan, terutama di kerusi majoriti Melayu..
Bagi Ismail, ia memberikan “bonus” dan laluan mudah kepada BN.
Ismail juga yakin kerusi Gelang Patah yang dirampas veteran DAP Lim Kit Siang selepas mengalahkan menteri besar Johor ketika itu, Datuk Abdul Ghani Othman, turut boleh berpindah milik kembalik kepada Umno.
“Kemenangan DAP disokong oleh PAS dan PKR ketika itu. Kali ini kemungkinan 3 penjuru dan ini beri laluan lebih mudah untuk BN. Sokongan pengundi DAP di Gelang Patah akan berkurangan jika PAS meletakkan calon di kawasan itu,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :