KOTA BHARU 7 Feb. - Gelaran ‘Datuk’ yang dianugerahkan kepada Naib Presiden PAN, Husam Musa dan Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abd. Rahim Wan Abdullah telah ditarik balik oleh Sultan Muhammad V.
Pembatalan darjah kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II) kedua-dua pemimpin PAN tersebut berkuat kuasa 6 Januari lalu.
Husam dan Wan Abdul Rahim dalam satu kenyataan bersama hari ini memberitahu, mereka menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat memaklumkan perkara tersebut petang semalam.
“Menjunjung sebagaimana dititahkan, kami berdua mengembalikan ketandaan darjah kebesaran dan surat pelantikan yang berkaitan kepada Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir pada pukul 10 pagi ini.
“Kami mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menjunjung kasih dan mengulangi taat setia tidak berbelah bahagi kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V,” katanya.
Kenyataan bersama itu dibacakan oleh Wan Abdul Rahim dalam sidang akhbar di Pejabat PAN Kawasan Kota Bharu, di sini hari ini. Husam bagaimanapun tidak hadir. - UTUSAN ONLINE
Related Posts :
Update [MELUAT DENGAN PAS] Kalau betul Nak Lawan UMNO, KENAPA PAS TUNJUK KACAU DI PERMATANG PAUH? >> Berita Malay 18
Hanya beberapa hari setelah Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinan beserta logonya yang serta-merta membuatkan UMNO tersentak, k… Read More...
Update [CHINA HALANG] Sumpahan Sang Kelembai 1MDB terus merebak, kata Kadir Jasin >> Berita Malay 18
22 Syawal 1438H, Ahad – Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin bimbang tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpul… Read More...
Update ‘DAP tidak boleh buat pemilihan semula tanpa surat JPPM’ >> Berita Malay 18
FMT Reporters
| July 16, 2017
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat berkata, beliau akan tanya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan … Read More...
Update [Video Janji HARAPAN jika Menjadi Kerajaan, Tranformasi Institusi Kerajaan yang Rosak] 'Putrajaya panik, kapal HARAPAN akan buru lanun BN'. >> Berita Malay 18Ianin, 17 Julai 2017
Otai BERSIH
Suka Halaman Ini · 2 jam ·
Cemas seketika apabila PM Najib tersilap… Read More...
Update [Video 2 Gadis Remaja Bertumbuk Di Ipoh Parade Macam Pesta Jadi Viral] Umno Terperanjat Dengan Berita Ini. >> Berita Malay 18Isnin, 17 Julai 2017
Otai BERSIH
14 jam ·
2 Gadis Remaja Bertumbuk Di Ipoh Parade Macam Pesta.
Video ini se… Read More...