

Pas bertelingkah calon MB Selangor, Khalid tak bertanding PRU 14
Tan Sri Khalid Ibrahim meminta pemimpin PAS Selangor tidak bertelingkah kerana tawaran bertanding atas tiket parti Islamis itu.
Bekas menteri besar itu sekali lagi menegaskan beliau tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum ke-14.
“Ada laporan mengatakan terdapat pemimpin PAS Selangor protes tentang tawaran yang dibuat kepada saya.
“Tidak perlulah mereka bertelingkah dan berasa gusar tentang perkara itu kerana sudah saya nyatakan saya tidak akan bertanding pada PRU14,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Khalid menjelaskan sokongannya kepada PAS bukan untuk status atau jawatan sebaliknya hanya mahu melakukan amal.
“Pencapaian saya setakat ini Alhamdulillah, saya amat bersyukur dan tiada keperluan untuk menambah apa-apa lagi. Sekarang ini saya hanya mahu melakukan amal demi pembangunan ummah dan negara.
“Sebab itulah saya menyokong PAS kerana ia sebuah parti yang berasaskan kebajikan dan membuat kebaikan tanpa rasa takut dan tanpa mengharapkan balasan,” katanya.
Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata PAS Selangor sedia beri laluan kepada Khalid bertanding tanpa sebarang syarat sekiranya Khalid bersedia.
Sallehen berkata kesediaan itu kerana pihaknya mengambil kira hubungan baik antara Khalid dan parti Islamis itu.
“Kita beri tawaran itu pertama sekali kerana kita ada sejarah antara dia dan Pas sebelum ini, malah cara urus tadbir yang dia tunjukkan sepanjang jadi menteri besar sangat baik.
“Saya rasa rakyat Selangor sendiri pun ada satu keserasian dengan cara dia mengurus yang telus, berintegriti,” katanya Sallehen.
Ketika PKR cuba menyingkir Khalid sebagai menteri besar untuk membuka laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, PAS mengekalkan korum supaya proses pentadbiran berjalan seperti biasa sehingga Khalid meletak jawatan pada Ogos 2014.
Sejak itu, Khalid dilihat mesra dengan parti Islamis itu.
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR
Related Posts :
Update [Video AHLI AMANAH KINI LEBIH 100,000!] Calon BN takut debat, bagaimana nak bahas di Parlimen? >> Berita Malay 18Khamis, 24 Januari 2019 Calon BN takut debat, bagaimana nak bahas di Parlimen? Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Camer… Read More...
Update [Video Anwar ulas Najib 'rajin' datang Cameron Highlands] AOK TAHU? Bekalan elektrik di Jelai sering terputus! Polis serbu firma guaman Goldman di KL, cari dokumen 1MDB. >> Berita Malay 18Khamis, 24 Januari 2019 Otai BERSIH Walaupun sudah 61 tahun pemerintahan BN, warga Jelai masih dibelenggu dengan pelbagai masalah. Bekala… Read More...
Update [Video Bukan Ramli tapi Najib!] Jika Orang Asli warganegara Malaysia, mengapa 60 tahun BN nafi hak mereka. >> Berita Malay 18Khamis, 24 Januari 2019 Jika Orang Asli warganegara Malaysia, mengapa 60 tahun BN nafi hak mereka Persoalan yang sering menganggu fikiran… Read More...
Update Ekonomi jatuh selepas PRU14 di dalam tangan PH adalah FAKTA >> Berita Malay 18 Saya lihat kerajaan PH sangat gigih minggu ini untuk menyalahkan kerajaan BN tentang keadaan ekonomi negara yang semakin merosot ketika in… Read More...
Update [Video SULTAN ABDULLAH! Yang di-Pertuan Agong ke-16] Sultan Pahang dipilih sebagai Agong baru. >> Berita Malay 18Khamis, 24 Januari 2019 Sultan Pahang dipilih sebagai Agong baru Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni… Read More...