Update [Video Dr M 'asak' ROS lagi & Lampu hijau untuk pekebun ketum' tak lama lagi] Antara BN dan Pakatan, siapa mampu tumbangkan PAS di Kelantan? >> Berita Malay 18

Selasa, 30 Januari 2018

Antara BN dan Pakatan, siapa mampu tumbangkan PAS di Kelantan?

Antara BN dan Pakatan, siapa mampu tumbangkan PAS di Kelantan?

Di Kelantan, faktor pengundi yang pulang mengundi memainkan peranan penting dalam pola pengundian rakyatnya. Pertandingan tiga penjuru di negeri itu dikatakan akan memberi kesan kepada PAS, sesuatu yang tidak berlaku di negeri lain. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Januari, 2018.

BIASANYA parti pemerintah akan menerima manfaat sekiranya berdepan dua atau lebih lawan dalam pilihan raya kerana ia akan memecahkan undi pembangkang.
Tetapi senario itu tidak tepat untuk menggambarkan situasi di Kelantan di mana PAS adalah parti yang membentuk kerajaan negeri.
Dua gabungan pembangkang di Kelantan, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berharap gelombang kekecewaan dengan pentadbiran PAS dalam kalangan penduduk negeri itu akan membolehkan salah satu daripada mereka membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Penganalisis politik Hisommudin Bakar berkata masih terlalu awal untuk meramalkan siapakah yang akan menerima kelebihan terbesar hasil daripada ketidakpuasan hati terhadap PAS disebabkan dinamik politik negeri itu yang unik.
“Senario biasa pertembungan tiga penjuru tidak akan berlaku di Kelantan,” kata Hisommudin dari Ilham Centre.
Pertamanya, Kelantan mempunyai ramai pengundi yang tinggal dan bekerja di luar negeri tetapi pulang untuk mengundi.
Wan Johari Wan Omar, seorang pemimpin PH Kelantan berkata pengundi yang balik mengundi membentuk hampir 40% pemilih di negeri itu.
Kedua, sehingga 2015 di Kelantan memiliki Nik Abdul Aziz Nik Mat, salah seorang tokoh politik paling berpengaruh dalam politik Malaysia moden.
Malah aktivis Umno Kelantan mengakui yang segelintir ahlinya di negeri itu mengundi PAS dalam pilihan raya sebelum ini disebabkan aura Nik Aziz.
Faktor terakhir dan paling penting adalah pengundi di Kelantan cenderung untuk mengundi dalam blok yang sama, kata Hisommudin, seperti yang pernah berlaku dalam Pilihan Raya Umum 2004 dan 2013.
Seperti pengundi Cina Malaysia, apabila pengundi Kelantan memutuskan siapa pilihan yang berhak menerima undi mereka, parti atau gabungan parti akan menerima sokongan besar terutama daripada pengundi atas pagar.
Perubahan sokongan
PAS sudah memerintah Kelantan sejak Pilihan Raya Umum 1990 dan parti itu berulang kali diserang cubaan musuh tradisinya Umno- yang menerajui BN- untuk merampas kuasa di negeri itu.
PAS hampir kehilangan kuasa negeri kepada Umno pada Pilihan Raya Umum 2004 apabila parti Islam berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ketua Bahagian Amanah Tumpat, Wan Johari Wan Omar mengatakan pada PRU2013 hampir 70% anak dagang Kelantan yang merantau di luar balik ke negeri itu mengundi untuk mengekalkan PAS seterusnya menjadi mereka faktor utama mempengaruhi pola pengundian negeri itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Januari, 2018.
Ketua Bahagian Amanah Tumpat, Wan Johari Wan Omar mengatakan pada PRU2013 hampir 70% anak dagang Kelantan yang merantau di luar balik ke negeri itu mengundi untuk mengekalkan PAS seterusnya menjadi mereka faktor utama mempengaruhi pola pengundian negeri itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Januari, 2018.
Hisommudin berkata Pilihan Raya Umum 2004 adalah salah satu contoh rakyat Kelantan mengundi dalam blok, dicetuskan oleh semangat positif yang melanda negara selepas Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri dan presiden Umno.
Ketika itulah, faktor Nik Aziz dan komuniti besar penduduk Kelantan yang bekerja dan tinggal di luar negeri itu bergabung untuk memastikan PAS terus berkuasa.
“Pada pilihan raya 2008, Nik Aziz membuat pengakuan peribadi kepada semua pengundi Kelantan yang keluar untuk kembali dan mengundi, selepas pilihan raya 2004 yang buruk," kata Hisommudin.
Pada 2008, PAS meningkatkan jumlah kerusi dimenanginya kepada 39 berbanding 24 pada 2004.
Pada Pilihan Raya Umum 2013, sokongan rakyat memihak kepada gabungan pembangkang yang disertai PAS, Pakatan Rakyat (PR) yang kini sudah bubar. Ini seterusnya membantu parti itu membentuk majoriti dua pertiga di DUN Kelantan.
Wan Johari yang merupakan ketua bahagian Amanah Tumpat, salah sebuah komponen PH berkata pada 2013, PAS (sebahagian daripada PR) meraih 70% undi rakyat Kelantan yang balik mengundi.
Gelombang itu nampaknya akan berubah sekali lagi, menurut Hisommudin dan tinjauan dilakukan The Malaysian Insight.
Ia banyak disebabkan pengurusan kerajaan negeri ke atas majlis kerajaan tempatan yang lemah serta peluang pekerjaan yang terhad dan kelemahan pembangunan infrastruktur.
"Sentimen terhadap Nik Aziz  sudah tiada. Sentimen rakyat Kelantan terhadap Nik Aziz menyumbang hampir 10 peratus undi kepada PAS," kata Hisommudin mengenai menteri besar Kelantan yang meninggal dunia pada Febuari 2015 itu.
Peluang sama rata
BN dan PH bekerja keras untuk meraih faedah terbanyak daripada kelemahan PAS di Kelantan.
Ketua BN Kelantan Mustapa Mohamed berkata Amanah dan PH sedaya upaya mengalihkan sokongan daripada PAS melalui pelbagai pendedahan kegagalan dasar kerajaan negeri serta dakwaan gaya hidup mewah exco negeri.
"Amanah akan menolak sokongan PAS ke arah PH. Tetapi (Bersatu) tidak dapat menarik anggota Umno,” kata Mustapa mengenai rakan sekutu Amanah dalam PH, Bersatu.
Sumber BN Kelantan memberitahu yang strategi mereka adalan membenarkan Amanah dan PH meraih sokongan pengundi anak perantau Kelantan daripada PAS, seterusnya mengurangkan undi kepada parti Islam itu.
Situasi tersebut, kata sumber akan mengakibatkan perpecahan undi Kelantan menjadi tiga kumpulan dan jika BN boleh menarik pengundi atas pagar mereka boleh muncul sebagai blok terbesar dan mengambil alih kerusi negeri membentuk kerajaan negeri.
GST memberi kesan kepada kualiti hidup rakyat Kelantan, faktor ini kata pemerhati dipandang enteng BN menyebabkan Pakatan Harapan mungkin mempunyai kelebihan dalam pertandingan tiga penjuru. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Januari, 2018.
GST memberi kesan kepada kualiti hidup rakyat Kelantan, faktor ini kata pemerhati dipandang enteng BN menyebabkan Pakatan Harapan mungkin mempunyai kelebihan dalam pertandingan tiga penjuru. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Januari, 2018.
Namun teori tersebut mengabaikan hakikat bahawa kemarahan terhadap BN juga tinggi kerana pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kos barangan yang tinggi, kata Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
"Perniagaan di Kelantan telah melaporkan penurunan sebanyak 30% sejak GST. Di beberapa tempat, jualan mereka menurun sebanyak 50%. Ada juga kedai yang ditutup," kata Wan Abdul Rahim.
"Kelantan menolak Umno pada 1990 dan penolakan Umno ini telah meningkat semasa zaman pemerintahan Najib."
Dengan rekod prestasi tidak tercemar, PH meletakkan kedudukannya sebagai alternatif terbaik kepada Umno dalam mengambil alih Kelantan, kata Wan Abdul Rahim.
Hisommudin berkata setakat ini, PH dan BN mempunyai peluang hampir sama rata untuk menang di Kelantan.
"Di Kelantan terdapat sentimen kuat untuk menukar kerajaan negeri tetapi Umno seolah-olah tidak mahu menyambut sentimen itu.
"Manakala PH sangat agresif dalam usaha mereka meraih sentimen tersebut tetapi mereka adalah alternatif baru. Buat masa ini, secara emprikalnya kita tidak tahu siapa yang akan menang." – 30 Januari, 2018.

 KOMEN


  • Kalau Pakatan Menang di Kelantan, UMNO yang tumbang seluruh negara. Sebelum berlaku dah PAS dan UMNO Kelantan bergabung seperti yang diminta Najib. UMNO Kelantan, dah berdekad tunggu untuk memerintah Kelantan supaya dapat habuan, tak kan nak risiko tak dapat kerana tak nak bergabung denag PAS kalau PH boleh menang.
    Pos 6 jam yang lalu Oleh Bigjoe Lam · Balas
  • PAS akan bergabung dgn BN utk jatuhkan PH diseluruh negara..kita tunggu ianya menjadi kenyataan pru nanti..
  • The Malaysian Insight.

Subscribe to receive free email updates: