


Penjawat awam dipecat dapat kerja balik jika Pakatan menang

Muhyiddin Yassin pada Konvensyen Pakatan Harapan Sarawak hari ini mengatakan semua penjawat awam yang hilang jawatan kerana menyokong pembangkang akan diterima balik bekerja jika Pakatan Harapan menang pada PRU14. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Januari, 2018.
“Jika awak hilang kerja hanya kerana sokong kami, kami berikan jaminan. Kami akan beri balik kerja awak,” kata Muhyiddin dalam ucapannya di Konvensyen PH Sarawak di Sibu hari ini.
Bekas timbalan perdana menteri itu mengulas ugutan Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid semalam yang tindakan tata tertib akan diambil kepada guru dan pegawai kementerian sekiranya mereka didapati menyokong pembangkang.
MD.

PRU14- Rakyat vs BN, jentera dan tipu muslihat UMNO/BN...
Kita kini memasuki pusingan terakhir sebelum menjelang pilihan raya yang mana tiada guna lagi untuk meneka tarikh pilihan raya umum (PRU) yang akan diumumkan Perdan Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Saya ingin mengalu-alukan semua sukarelawan agen pengundian dan pengiraan undi (PACA) dalam PRU akan datang. Penyertaan anda akan memberi perbezaan yang besar dalam mempengaruhi keputusan PRU, terutamanya di kerusi marginal dan berpotensi terjadi pertukaran undi.
Sebagai contoh, pilihan raya kecil (PRK) Sibu pada Mei 2010, mendiang Wong Ho Leng dari DAP memberikan kejutan besar di kerusi yang sebelumnya dianggap mustahil dimenangi pembangkang. Beliau menang dengan majoriti undi yang sangat tipis iaitu 398. Kemenangan itu antara lain hasil daripada sukarelawan PACA-nya yang tekun dan berani yang membatalkan 200 undi meragukan yang berpihak kepada BN. Kadang-kadang, hanya sedozen undi boleh menentukan nasib satu-satu kerusi malah negara.
Tumpang sekole.