Update [Video Tun Mahathir Setuju Pakatan Beri 20% Hasil Royalti Minyak Untuk Kelantan] Pemimpin Pas tuduh AMANAH projek Barat pecahkan gerakan Islam & Tuduhan 'Puak Lobai' itu ekoran terbitnya buku terbaru Ahmad Lutfi tentang AMANAH. >> Berita Malay 18

Selasa, 27 Februari 2018

Pemimpin Pas tuduh AMANAH projek Barat pecahkan gerakan Islam

Tuduhan pemimpin Pas itu ekoran terbitnya buku terbaru Ahmad Lutfi Othman tentang AMANAH.

Tular di media sosial komentar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor tentang AMANAH yang dituduhnya sebagai projek Barat.
Memanggil AMANAH sebagai ‘Pan’, ulasannya di keratan Facebook Friends of Pas itu turut mendakwa AMANAH sebagai paling jahat.
“Ana (Saya) tak nampak ada ciri-ciri parti Islam pada Pan. Ianya merupakan projek barat untuk pecah-belahkan gerakan Islam.
“Cuba baca memoir General Ali Moertopo. Bagaimana peranan geng-geng alami digunakan CIA (Agensi Perisikan Pusat) untuk pecahkan kekuatan ummah,” katanya.
Riduan, 46, selanjutnya mengaitkan AMANAH dengan Rand Corporation iaitu sebuah Pusat Penelitian dan Kajian Strategik Islam di Timur Tengah yang dibiayai oleh Amerika Syarikat (AS).
“Sama juga Rand Corporation. Pan adalah jamaah dhirar yang paling jahat setakat sejarah negara kita,” tambahnya lagi.
Reaksi Riduan itu ekoran perkongsian tentang hebahan buku terbaharu wartawan Ahmad Lutfi Othman bertajuk ‘Parti Islam Amanah’.
Buku berharga RM40 itu hanya dijual secara atas talian dengan pesanan terus melalui Luqman Hakim (019-2903291).
MD.

Subscribe to receive free email updates: