Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mendakwa pihaknya menerima banyak aduan daripada kesatuan-kesatuan sekerja yang melaporkan ahli-ahli mereka diberhentikan kerja oleh majikan dengan diberikan notis mengejut.
Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, para pekerja begitu terkejut dengan notis singkat yang diberikan oleh syarikat dan mereka tidak mempunyai cara untuk bertindak balas terhadap pemberhentian itu.
“Ada syarikat yang memberi notis yang sangat pendek dan membuatkan pekerja menjadi panik dan mereka kehilangan punca kerana mempunyai keluarga untuk disara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohamed Shafie, terdapat juga sesetengah syarikat yang memberhentikan pekerja dengan memaksa mereka menandatangani surat pemberhentian kerja sebagai tanda bersetuju untuk diberhentikan. Bagi pekerja yang enggan menandatangani surat pemberhentian kerja itu, kata beliau, mereka akan diberi tekanan dan ancaman serta gangguan.
“Keadaan ini berlaku apabila majikan mendakwa kononnya syarikat kini mengalami kerugian yang teruk.
“Sesetengah syarikat juga mendakwa mereka perlu menggulung tikar dan memindahkan operasi
ke negara-negara lain. Dengan berbuat demikian, mereka meletakkan pekerja dalam kedudukan yang sangat sukar untuk mendapatkan pekerjaan lain.
“Dalam sesetengah kes, syarikat membuang pekerja tempatan dan menggantikan mereka dengan pekerja asing,” katanya.
Memburukkan lagi keadaan, kata Mohamed Shafie, pekerja tidak dibayar sebarang pampasan dan faedah pemberhentian atau lain-lain bayaran yang sepatutnya dibayar mengikut Akta Pekerjaan 1955 dan Perjanjian Bersama (CA) antara majikan dan kesatuan sekerja.
Beliau turut mendakwa, segelintir majikan tidak melaporkan tindakan memberhentikan pekerja kepada Jabatan Buruh, Kementerian Sumber Manusia. Mohamed Shafie berkata, apa yang berlaku itu adalah perkara yang sangat serius dan semakin banyak pekerja berdepan kehilangan pekerjaan dan pihak berkuasa perlu bertindak dan menjalankan pemantauan.
Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan bertindak tegas dengan mengheret syarikat-syarikat yang tidak mematuhi peruntukan di bawah undang-undang buruh ke mahkamah.