KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan sebuah kapal tangki MT Pratama 128 hilang awal pagi, hari ini.
Kapal berkenaan sebelum ini ditahan oleh Maritim Malaysia atas kesalahan mengikut Ordinan Kapal Dagang (MSO) 1952 sebelum dilabuhkan ke jeti Tanjung Piai, Johor.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata, pihaknya akan berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia untuk memaklumkan keadaan semasa.
Kapal berkenaan ditahan bersama lapan anak kapal dan kemudian dilabuhkan di jeti Tanjung Piai johor pada Jumaat lalu.
"Saya mengesahkan kapal berkenaan hilang. Pasukan penyiasat sedang mengambil keterangan pegawai bertugas," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.
Zulkifli berkata, setakat ini punca sebenar kapal berkenaan hilang masih dalam siasatan.
Difahamkan, Maritim Malaysia kini sudah menggerakkan asetnya termasuk aset udara bagi mengesan kapal berkenaan.
Kapal tangki MT Pratama 128 mula didaftarkan pada tahun 1977 dan sudah dua kali didaftarkan semula.
Kapal berkenaan juga pernah ditahan pasukan marin Indonesia kerana membawa minyak mentah secara haram 12 Januari lalu.
Related Posts :
Update [Video Presiden PAS Uturn Lagi] MOHAMAD SABU: Tahniah Datuk Amiruddin, Tahniah GERTAK, Tahniah Pelancaran Wanita PH Perak, & Tahniah SKUAD PEDULI Wanita Amanah Melaka. >> Berita Malay 18Isnin, 27 November 2017
TAHNIAH DATUK AMIRUDDIN
Parti Amanah Negara (AMANAH) mengalu-alukan penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Ad… Read More...
Update Apa Masalah Nama Proton Ditukar Bao Teng Di China? >> Berita Malay 18
Apabila berita Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Li Chunrung bercadang menukar nama Proton kepada 'Bao Teng', kumpulan macai ProTun sud… Read More...
Update [Video Umno SEDIA TERIMA Pas & RAKYAT SUSAH~Penarikan Subsidi Minyak Menjejaskan Rakyat] Bantah Harga Petrol Diesel M'sia & 5 TUNTUTAN Petisyen Rakyat! >> Berita Malay 18Isnin, 27 November 2017
BANTAH HARGA PETROL DIESEL MALAYSIA
DESAKAN UNTUK KERAJAAN MALAYSIA MENURUNKAN HARGA MINYAK
1. Menyedari baha… Read More...
Update Ketua pembangkang Kedah lompat ke PPBM >> Berita Malay 18
FMT Reporters
| November 26, 2017
Ketua pembangkang Kedah itu berkata, beliau percaya hanya Pakatan Harapan mampu menentang BN pada … Read More...
Update [Video KERANA BERKECUALI, Pas MENANGKAN Barisan Nasional] Masa saya sebagai Ahli Parlimen Pandan semakin singkat? BERSEDIA UNTUK #tipuraya dan #berkecualiraya ke-14. >> Berita Malay 18Isnin, 27 November 2017
Rafizi Ramli telah menambah 10 foto baru
pada 24hb November jam 2.51 pagi ·
… Read More...