Update 1S1T BERJAYA DIPERLUAS KE SELURUH PAHANG >> Berita Malay 18



1S1T berjaya diperluas ke seluruh Pahang



Perkhidmatan melalui program 1 Supervisor 1 Transformation Are (1S1T) yang dilaksanakan Alam Flora Sdn. Bhd (Alam Flora) sejak tahun lalu, berjaya diperluaskan ke seluruh Pahang secara berperingkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan berkata, dalam program tersebut, sebanyak 51 kawasan di negeri ini dikenal pasti dan terpilih dalam usaha mewujudkan komuniti dan persekitaran bandar sejahtera, berkualiti serta mampan.

"Sekitar tahun lalu, Alam Flora telah melancarkan sebuah program transformasi kawasan perkhidmatan iaitu 1S1T di beberapa kawasan konsesi sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang.

"Setakat ini sebanyak 116 kawasan perumahan dan komersial telah terbabit dengan program berkenaan iaitu 59 di Kuala Lumpur, enam di Putrajaya dan selebihnya di Pahang," katanya pada majlis Makan Malam Alam Flora bersama Kelab Media Pahang 2017 di sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Alam Flora, Datuk Mohamad Saif; Ketua Kumpulan Komunikasi Strategik DRB HICOM Berhad, Mahmood Abdul Razak dan Presiden Kelab Media Pahang, Dato' Nik Naizi Husin.

Mohd Zain berkata, dengan peningkatan perlaksanaan program 1S1T dapat membantu menyediakan persekitaran bersih dan sihat.

"Program berteraskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini selaras dengan program NBOS ‘My Beautiful Neighbourhood’, yang merupakan usaha kerajaan dalam mewujudkan kawasan kejiranan lestari dan cantik.

"Melalui program tersebut, penyelia kami telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti membaik pulih dan mengecat kemudahan taman, membuat aktiviti cucian di tempat awam, mengindahkan taman permainan dengan menanam pokok bunga, membaik pulih struktur longkang serta kaki lima yang mengalami kerosakan kecil," katanya.


Subscribe to receive free email updates: