Update Anwar sah bebas 8 Jun >> Berita Malay 18

Datuk Seri Anwar Ibrahim
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri mengesahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dibebaskan pada Jumaat, 8 Jun 2018, dua hari lebih awal daripada dijadualkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tarikh pembebasan sebenar Anwar adalah pada 10 Jun ini, namun beliau boleh dibebaskan dua hari lebih awal berikutan 10 Jun jatuh pada Ahad dan 9 Jun pada Sabtu.

“Pengiraan tempoh hukuman, remitan dan tarikh pembebasan seseorang banduan termasuk Anwar dibuat oleh Jabatan Penjara mengikut ketetapan Akta Penjara 1995 serta Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
“Akta dan Peraturan Penjara memperuntukkan sepertiga remitan daripada hukuman kepada mana-mana banduan yang menjalani hukuman melebihi satu bulan.

“Sekiranya pembebasan banduan jatuh pada hari kelepasan mingguan atau kelepasan am, banduan tersebut hendaklah dibebaskan pada hari sebelumnya,” katanya melalui jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, hari ini.

Namun katanya, hukuman dan tarikh pembebasan seseorang banduan boleh berubah jika banduan melakukan kesalahan tatatertib penjara dan menyebabkan tindakan pelucuthakan remitan di bawah Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Anwar, 71, dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat pada Mac 2014 selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman bersalah terhadapnya.

Subscribe to receive free email updates: