Disebabkan pengisytiharan ini dibuat menjelang pilihanraya maka pengumuman yang dibuat Najib ini boleh ditafsir sebagai rayuan kepada penjawat awam agar jangan memilih untuk menukar bos selepas pilihanraya umum ke 14.

Maka tidak hairanlah mengapa perhatian perlu diberikan kepada sektor awam kerana undi mereka akan menentukan sama ada mereka akan mendapat bos baru ataupun tidak apabila selesai pilihanraya nanti.
Sektor awam ada tarikannya sendiri kerana umum mengetahui sesiapa yang mendapat pekerjaan di sektor awam ini akan mendapat jaminan pendapatan yang stabil sehingga akhir hayat (termasuk pencen). Maka tidak hairanlah mengapa saiz sektor awam terus bertambah meskipun gaji tidak lumayan.
Tidak dapat dinafikan saiz sektor awam yang bertambah antara faktor terbesar yang menyebabkan perbelanjaan operasi kerajaan meningkat daripada 72.2% di 2010 ke 83.6% di 2018 manakala perbelanjaan pembangunan terus menurun daripada 27.8% di 2010 ke hanya 16.4% di 2018 daripada jumlah bajet tahunan kerajaan.
Meskipun demikian, rekod BN setakat ini menunjukkan mereka tidak sanggup mengambil sebarang usaha untuk mengurangkan saiz sektor awam yang kini berada pada 1.62 juta walaupun kewangan negara kesempitan.
Ini berbeza dengan dunia korporat yang sudah tentunya idea mengurangkan pekerja akan dilaksanakan terlebih dahulu sekiranya kewangan syarikat menjadi tenat.
Demi mempertahankan kos operasi sektor awam ini, BN melaksanakan GST dan menyahkan segala bentuk subsidi sejak Najib berkuasa sebagai perdana menteri.
Selain mendapat jaminan kerja dan pencen di bawah kerajaan BN, penjawat awam masih menikmati bonus dan bonus khas Hari Raya meskipun secara puratanya ia berkurang daripada setengah bulan bonus dan setengah bulan bonus Hari Raya di 2012 ke bonus tetap RM500 dan bonus Hari Raya tetap RM500 di 2017.
Pada 2018, terdapat sedikit peningkatan di mana bonus tetap meningkat ke RM1,000 manakala bonus raya kekal pada tahap RM500.
Read More / Baca Lagi >>