Sebuah kereta Perodua Kancil telah dibakar pagi tadi di Jalan Seroja 1B, Taman Seroja, Bukit Sentosa.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi dipercayai akibat pertelingkahan pasangan suami isteri kerana kereta itu mempunyai banyak masalah teknikal termasuk tiada penghawa dingin.
Penduduk setempat menyedari kebakaran terbabit apabila melihat kepulan asap tebal keluar dari tepi kediaman pasangan itu lalu menghubungi pihak bomba.
Menurut salah seorang penduduk, pasangan suami isteri itu sudah bergaduh sejak tiga hari lalu.
Pasangan itu bergaduh kerana mereka menghadapi kesulitan untuk pergi kemana-mana termasuk menghantar anak ke sekolah.
Si isteri bertindak memecahkan cermin kenderaan tersebut pada hari semalam dan hari ini kereta tersebut di bakar pula.
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi kejadian dengan sebuah jentera bersama tujuh anggota selepas menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada jam 11.38.
Kereta tersebut musnah 100 peratus dan dipercayai punca kebakaran adalah disebabkan pergaduhan suami isteri. Sumber:Berita Harian Online, Editor:Anna



Related Posts :
Update Seorang gadis mati dikelar pasangannya dalam permainan seks >> Berita Malay 18
Agregasi BBC Indonesia, Jurnalis · Sabtu 11 Ogos 2018
Jason Gaskell (Foto: BBC Indonesia)
SEORANG lelaki dijatuhkan hu… Read More...
Update Seloka bersama MUJAHIT, MUJAHAT, MUJAHIL >> Berita Malay 18
- Rahsia -
Selepas kira-kira 3 bulan lebih berkahwin, seorang suami berkata kepada isterinya;
“Sayang, Abang ada satu rahsia. Abang harap… Read More...
Update KERAJAAN BARU: RAKYAT LUAH PERASAAN MENERUSI PUISI PANJANG >> Berita Malay 18
Kesan kenaikan harga barang ditambah dengan pelbagai masalah ekonomi yang timbul sejak pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan mengundang … Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/08/update-solidarity4drilyani-dr-illyani.html">Update #Solidarity4DrIlyani: Dr. ILLYANI bakal dikena Tatatertib kerana Lawan LGBT, "Tahniah" Mujahit, Mujahat, Mujahil >> Berita Malay 18
Dappat info, Dr Ilyani menghadapi tindakan tatatertib rentetan surat terbukanya kepada anak PM, Marina Mahathir.
Semoga Dr Ilyani ta… Read More...
Update KERAJAAN BARU: RAKYAT LUAH PERASAAN MENERUSI PUISI PANJANG >> Berita Malay 18
Kesan kenaikan harga barang ditambah dengan pelbagai masalah ekonomi yang timbul sejak pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan mengundang … Read More...