Gambar karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini muncul di akhbar di Thailand.
Menerusi akhbar Inggeris Thailand, The Nation hari ini, Najib digambarkan seperti watak “Pinocchio” - kanak -kanak ‘kayu’ - yang hidungnya bertambah panjang setiap kali dirinya berbohong.
Kartun itu dilakarkan oleh Stephff, yang memaparkan Najib berpakaian baju Melayu tradisional sedang menghayunkan kapak ke arah hidungnya sendiri yang telah menjadi sebatang pokok yang mempunyai tiga dahan.
Dahan itu mewakili “rasuah”, “skandal 1MDB” dan “skandal kapal selam Scorpene”.
Kartun itu juga memuatkan sebatang pen “kebebasan media” yang tercalar dan sebatang pensel yang tertera perkataan “kartunis Zunar “ atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque yang hampir putus.
Kartun itu berjudul "kerajaan Malaysia memperkenalkan rang undang-undang berita palsu.”
Kerajaan, Isnin lalu membentangkan rang undang-undang berkenaan di Dewan Rakyat, yang menurut pengkritik akan menyaksikan kebebasan akhbar dan bersuara di negara ini terus terhakis.
Bagi pihak pembangkang pula, mereka menuduh kerajaan sebagai dalang di sebalik kebanyakan berita palsu di negara ini.
Antara lain, rang undang-undang itu memperuntukan hukuman berat - denda sehingga RM500,000 atau penjara 10 tahun, atau kedua-duanya - bagi mereka yang didapati bersalah menyebarkan "berita palsu". - MK
Related Posts :
Update [Video Rakyat Malaysia semakin tertekan? Teater Tarian Jeng Jeng] RAKYAT tidak terkilan dengan penangguhan janji 100 hari TATAPI RAKYAT yakin, janji itu bakal di tunaikan juga! Jeng je kejeng jeng...Penguat kuasa dibaling tahi dan kencing lembu. >> Berita Malay 18Selasa, 28 Ogos 2018
Otai BERSIH
2 jam ·
Aku pernah lihat bermacam-macam seni.. Tapi 'seni' ini yang paling p… Read More...
Update [Video 1MDB, Najib Di Dakwa Dibawah AMLA] MALAYSIA BAHARU, Satu Bangsa? Lobai lobai, Yahudi pun tak pernah zalim pada rakyatnya sendiri. >> Berita Malay 18Selasa, 28 Ogos 2018
Otai BERSIH
Suka Halaman Ini · 2 jam ·
Yahudi pun tak pernah zalim pada rakya… Read More...
Update [LIPIS] SANGKA BARU DUA HARI HILANG >> Berita Malay 18
Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan) Ahmad Tarmizi Ahmad Japli, 30, menyangka hanya hilang dua hari di k… Read More...
Update [Video Dr Rozaimi - saya nak pecahkan khurafat org pas & DR ASRI-Tn Mufti Kalu Nak Bohong Sangat Pun Pada2lah] Penyokong PAS taasub, kata Rozaimi. >> Berita Malay 18Selasa, 28 Ogos 2018
Penyokong PAS taasub, kata Rozaimi
Penyokong PAS boleh dianggap beramal dengan sifat taasub apabila tidak bersikap… Read More...
Update [LIPIS] SANGKA BARU DUA HARI HILANG >> Berita Malay 18
Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan) Ahmad Tarmizi Ahmad Japli, 30, menyangka hanya hilang dua hari di k… Read More...