Update Fakta Menarik Tentang Kelahiran >> Berita Malay 18


Kelahiran seorang insan yang bergelar anak adalah sangat dinanti-nantikan  oleh setiap pasangan suami isteri. Tiada pasangan yang tidak mahu memiliki zuriat. Bagi mereka anak merupakan punca rezeki mereka bertambah dari hari ke hari.

Anak merupakan satu anugerah yang terindah patut disyukuri oleh semua insan. Mereka ini sepatutnya di belai,dimanja dan didik sebaik mungkin oleh ibu dan ayah.Namun tahukah anda tentang EDD (Estimated Due Date)? Tidak semua anak yang dilahirkan mengikut tarikh jangkaan mereka. Jadi mari kita kaji fakta menarik tentang kelahiran.



Pertama, hanya 5% bayi yang dilahirkan tepat pada tarikh EDD mereka. Kebanyakannya bayi dilahirkan pada minggu ke 37 dan 42 kehamilan.


Tempoh kehamilan adalah 40 minggu dari hari pertama period terakhir anda. Tetapi hanya 5% sahaja yang dilahirkan tepat pada waktu jangkaan. Tanda-tanda kelahiran adalah berbeza-beza bagi setiap ibu yang bakal melahirkan zuriat mereka.

Kedua, tahukah anda rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal. Perkara ini terjadi kerana bagi menampung kandungannya.

Ketiga,anda akan kehilangan banyak darah. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

Kempat, sindrom "baby blues". Baby blues adalah satu gangguan emosi yang dialami oleh seorang ibu selepas melahirkan bayi. Gejala seperti gelisan,kepenatan ,sedih tanpa sebab ,kebimbangan,insomnia dan kurang sabar. Hanya 80% wanita yang mengalaminya semasa 2 minggu terawal selepas bersalin.


Kelima,hanya 1 hingga 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum bersalin. Kebanyakan wanita hanya mengalaminya apabila mereka bersedia untuk meneran bayi mereka untuk keluar.


Keenam, badan manusia hanya mampu menahan kesakitan sehingga 45 Del namun tahukah anda ibu yang sedang berjuang melahirkan zuriat nya akan mengalami kesakitan sehingga 57 Del iaitu bersamaan dengan 20 tulang yang dipatahkan secara serentak dalam satu masa.




Kelapan, semasa seorang ibu melahirkan anaknya, terhapuslah segala dosa-dosa yang lepas bagi seseorang wanita. Oleh sebab itu, jika seseorang ibu meninggal dunia ketika melahirkan anak dia akan dikategorikan sebagai mati syahid.

Kesembilan, tahukah anda bahawa selepas bersalin ibu akan mendapat pahala seperti 70 tahun melakukan solat dan berpuasa. Besar sungguh ganjaran yang diberikan oleh Allah terhadap seorang insan yang bergelar ibu dalam berjuang melahirkan generasi yang akan datang.

Kesepuluh, selain dari ganjaran puasa dan solat Allah juga memberikan setiap dari kesakitan dari satu uratnya pahala seperti menunaikan haji. Editor: Ila Hakimi

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :