Kira-kira 6,561 pemegang akaun mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Chini.
Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), Nurul Farhana Abdul Hamid berkata, kerja-kerja penyelenggaraan itu bermula jam 9 pagi hingga 8 malam, pada 5 April ini.
Menurutnya, antara kawasan terlibat ialah seluruh Felda Chini dan Chini Timur; Bandar 02, Kampung Gumum, Kampung Batu Balik, Air Hitam dan Kampung Paloh Hinai.
“Beberapa kampung lain seperti Kampung Pulau Rumput; Kampung Padang Rumbia, Kampung Temal, Kampung Bangkong, Kampung Tebas Buang, Kampung Arong, Kampung Wah-Wah, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Pelancongan Tasik Chini turut terjejas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau menasihatkan pengguna agar menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi persediaan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tersebut.
Pengguna yang ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, di talian 09-573 9999.
Related Posts :
Update PAS CARI PENYELESAIAN BUKAN 'FITNAH DULU, BAYAR KEMUDIAN' >> Berita Malay 18
Keputusan PAS bersetuju dengan pelan rasionalisasi 1MDB mendatangkan rasa tidak senang ahli Pakatan Harapan terutama daripada Naib Presi… Read More...

Update Elizabeth Tan Mengaku Nyaris Bunuh Diri, Alami Tekanan Jiwa. >> Berita Malay 18
Penyanyi Elizabeth Tan yang mesra dengan panggilan Lizzy, 23, berkata, nyaris membunuh diri kerana mengalami tekanan jiwa beberapa bulan ya… Read More...

Update Video Aksi Jelik Inspektor Polis Rakam Wanita Dalam Tandas Terbongkar >> Berita Malay 18
Aksi jelik seorang Inspektor polis menjadi tular kerana bertindak merakam gambar seorang wanita yang ketika itu berada di dalam … Read More...