Update Guna peluang PRU14 buat perubahan >> Berita Malay 18

TANGKAK - Bangsa Johor disarankan supaya menggunakan peluang PRU14 ini untuk membuat perubahan tampuk pemerintahan dalam negeri dan negara amnya demi menjadikan kehidupan mereka lebih bermakna setelah 60 tahun merdeka.
Guna peluang PRU14 buat perubahan Ketua Penerangan PKR Pusat, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, pembinaan kembali politik Johor perlu dilakukan supaya rakyat mendapat pemimpin yang mampu menegak, menghayati dan mengamalkan keadilan, kebenaran, kejujuran serta keikhlasan dalam pentadbiran.
“Kita perlu berani buat perubahan menolak BN bagi membela nasib Bangsa Johor dan memastikan terlepas dari tadbir urus politik yang pincang.
“Semangat Bangsa Johor dalam meluaskan harapan agar berlaku perubahan perlu dibuat dengan penuh kesedaran dan pertimbangan tepat serta positif ke arah reformasi bernegara akan menjadi titik tolak kebangkitan rakyat seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, strategi dan kempen teliti diatur Harapan dengan meletak pemimpin-pemimpin besar seperti Tan Sri Muhyiddin Yasin, Salahuddin Ayub dan beberapa orang lagi untuk bertanding di negeri ini menunjukkan betapa seriusnya hasrat perubahan mahu dilakukan di sini.
Syed Ibrahim juga menegaskan bahawa atas kesedaran menawan Johor segala pertimbangan mendalam menentukan calon-calon bertanding diputuskan dengan teliti supaya mampu bertanding seterusnya mengalahkan BN di Johor.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :