New Delhi - Seorang lelaki berkemungkinan akan menjadi buta selepas sebilah pisau tertusuk di bahagian matanya dan telah merosakkan bebola mata sepenuhnya sehingga menjejaskan penglihatannya.
Ashok Nirmalkar, 25, hampir menemui ajalnya kerana pisau yang ditikam pada matanya tersasar cuba beberapa milimeter daripada otaknya.
Pisau tersebut telah berjaya dikeluarkan oleh pakar bedah dan senjata itu patah di bahagian hulunya akibat tikaman yang terlalu kuat pada 2 Mac lalu ketika sambutan Holi.
Ketika sambutan Holi berkenaan difahamkan berlaku pertengkaran sebelum mangsa ditikam yang menyebabkan dia pengsan.
Menurut Dr yang merawatnya berkata imbasan X-ray menunjukkan pisau berkenaan tertusuk sehingga 7.6 sentimeter tetapi tidak mengenai saraf optik mangsa.
Lelaki itu berkata merasakan nyawanya hampir melayang namun dia bernasib baik kerana berjaya di selamatkan. Editor:Anna