Update Hujan jongkong emas >> Berita Malay 18

Hujan jongkong emas
Kira-kira tiga tan jongkong emas bernilai RM1.4 bilion bertaburan sekitar landasan di bandar Yakutsk, timur Rusia, semalam.
 
MOSCOW- RUSIA. Jongkong emas bertaburan di atas landasan di bandar Yakutsk, timur Rusia, semalam selepas hac kargo pesawat yang membawa sembilan tan barang berharga itu dilaporkan rosak.

Media tempatan melaporkan, kawasan tersebut dihujani jongkong emas dan platinum bersama berlian selepas pesawat An-12 itu berlepas.

"Kira-kira tiga tan jongkong emas bernilai AS$378 juta (RM1.4 bilion) berselerakan di sekitar landasan pesawat tersebut. Siasatan awal mendapati kerosakan pada hac kargo selain angin kuat menyebabkan ia terbuka secara tiba-tiba," jelas laporan itu lagi.

Susulan kejadian itu, pesawat milik Nimbus Airlines yang sedang menuju ke Krasnoyarsk itu terpaksa mendarat cemas di lapangan terbang Magan berhampiran Yakutsk.

Pihak berkuasa turut menutup landasan terbabit untuk operasi mencari kesemua jongkong berharga itu.
"Sebanyak 172 jongkong emas seberat 3.4 tan telah ditemui setakat ini," kata jurucakap polis. - Agensi

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :