PERDANA Menteri Najib Razak hari ini enggan menjawab pertanyaan di Parlimen mengenai kesan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap ekonomi negara.
Sebaliknya, menteri kewangan itu mengalihkan perhatian kepada krisis air yang baru-baru ini melanda sebahagian besar Lembah Klang.
Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) meminta Najib menjelaskan sama ada hutang 1MDB menyebabkan peningkatan bayaran faedah Malaysia berjumlah 12.5% berbanding pendapatan negara pada 2016.
"Masalah kemelut air di Selangor lebih kritikal," jawab Najib yang mula kecoh dengan tindakan beberapa anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) cuba mempertahankan beliau.
Ini mendorong Azmin, yang juga menteri besar Selangor, membantah jawapannya dan mempersoalkan mengapa Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia membenarkan Najib (BN-Pekan) mengelak daripada menjawab soalan itu.
"Kalau ahli BN yakin dengan perdana menteri, berilah peluang perdana menteri jawab," kata Azmin.
Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) kemudian berkata, "Kami tidak yakin dengan Selangor. Mandi hari ini pun tak ada air."
Related Posts :
Update [Video Ribuan Rakyat Sabah Sertai Parti Warisan, Mahu Perubahan Tolak UmnoBN] P. Pinang, Selangor sudah ada bas percuma, Sabah masih guna keretapi zaman British. >> Berita Malay 18Rabu, 28 Mac 2018
P. Pinang, Selangor sudah ada bas percuma, Sabah masih guna keretapi zaman British
Jika rakyat di Pulau Pinang dan Se… Read More...
Update RUU Berita Palsu dan bala yang sedang menanti... >> Berita Malay 18
Jika Rang Undang-Undang anti berita palsu (Akta antiBerita Tidak Benar 2018) diluluskan parlimen dan dikuatkuasakan oleh pemerintahan N… Read More...
Update Berita Nasional INV8, SELASA, 27 MAC 2018 >> Berita Malay 18
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
… Read More...
Update Video-Tak ingin ada gender, lelaki ini lakukan pembedahan plastik sebab teringin jadi alien >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Ahli Umno, Keluarlah Umno Dimalukan Dirosakkan Najib] Ketua Polis Negara, kau tunggu aku datang, kata Khairuddin Abu Hassan. >> Berita Malay 18Rabu, 28 Mac 2018
Tumpang sekole.
Ketua Polis Negara, kau tunggu aku datang, kata Khairuddin Abu Hassan
SAYA AKAN HANTAR SALINAN LAPOR… Read More...