Pekerja Kontraktor pembersihan di sekitar kawasan Kondominium Bestari off Jalan Putra telah menjumpai satu janin sedang tersangkut pada batu di tebing Sungai Klang di belakang kondominium tersebut pagi tadi.
Janin yang mempunyai bahagian kepala, kaki dan tangan ditemui pada jam 11.40 pagi dan kontraktor tersebut telah memaklumkan kepada BalaiPolis Chow Kit.
Sepasukan anggota polis telah bergegas ke lokasi dan janin tersebut telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk di bedah siasat.
Penemuan janin itu telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran.
Klinik dan pengamal perubatan yang mempunyai maklumat mengenai kelahiran janin tersebut diminta memberi maklumat tersebut kepada balai polis berhampiran.Sumber : Harian Metro , Editor:Anna
Related Posts :
Update Dua sekolah dapat “memo”, langgar peraturan pendidikan >> Berita Malay 18
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) memberi peringatan tegas kepada pentadbir dua sekolah kerana melanggar Peraturan-Peraturan Pendid… Read More...
Update Menteri tegur kain rentang sekolah tidak guna Bahasa Melayu >> Berita Malay 18
IPOH - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini memberi teguran kepada sebuah sekolah di Ayer Tawar, Manjung kerana tidak menggunakan… Read More...
Update TOMMY THOMAS SILA LETAK JAWATAN, INKUES ADIB BUKTI TINDAKAN MEMUALKAN >> Berita Malay 18
‘Enough Is Enough!’ Keputusan Mahkamah Koroner hari ini menjadikan tindakan Peguam Negara yang cuba campurtangan, mempengaruhi proses,… Read More...
Update MUAFAKAT NASIONAL MAMPU MARA KE HADAPAN GANTIKAN PAKATAN HARAPAN >> Berita Malay 18
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah percaya Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS bersama rakan- rakan parti lain ak… Read More...
Update TOMMY THOMAS SILA LETAK JAWATAN, INKUES ADIB BUKTI TINDAKAN MEMUALKAN >> Berita Malay 18
‘Enough Is Enough!’ Keputusan Mahkamah Koroner hari ini menjadikan tindakan Peguam Negara yang cuba campurtangan, mempengaruhi proses,… Read More...