Update Kenapa PRU14 Menjadi Pilihan Raya Paling Kotor Mengikut Dakwaan @chedetofficial? >> Berita Malay 18



Di dalam Sidang Media Pakatan Harapan semalam, calon Perdana Menterinya, Tun Dr Mahathir telah membuat dakwaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 akan menjadi PRU yang paling kotor dalam sejarah, bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia. Ini besar kemungkinan disebabkan calon-calon yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan terdiri daripada:

1. Ahli Parlimen yang telah memfitnah saingannya beberapa hari sebelum pengundian. Beliau kemudiannya disaman dan terpaksa meminta maaf secara terbuka untuk menyelesaikan saman di luar mahkamah.

2. Ahli Parlimen yang dituduh mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang oleh suami wanita itu sendiri dan semua ini terkandung di dalam Surat Akuan Bersumpah yang didaftarkan di mahkamah sebagai bahan bukti.

3. Ketua Menteri yang juga ADUN yang sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo, di bawah nilai pasaran.

4. Menteri Besar dan juga ADUN yang yang menipu hasil jualan tanah peneroka yang melibatkan ratusan juta ringgit hilang tanpa dikesan.

5. Bekas Menteri Persekutuan dan seluruh parti yang diasaskannya disiasat kerana menggelapkan dana pembangunan bernilai RM1.5 bilion untuk golongan miskin.

6. Dua atau lebih ADUN negeri yang sedang disiasat memegang dua kerakyatan.

7. Seorang bekas Perdana Menteri yang disiasat di bawah Suruhanjaya Siasatan Di Raja kerana terlibat di dalam perjudian matawang asing dan menggunakan rizab negara untuk berjudi.

Dengan calon-calon Pakatan Harapan seperti di atas kita pasti ada kebenaran fakta yang diucapkan oleh Tun Dr Mahathir adalah betul dan benar. Jika mereka ini ini boleh mencuri isteri orang lain, memfitnah lawan mereka, menipu tanah orang lain, berjudi dengan menggunakan wang Rakyat dan berbohong berkenaan kewarganegaraan mereka, apa yang membuat anda fikir mereka tidak akan menipu pada PRU akan datang?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :