Update KERJASAMA SATU RIALITI >> Berita Malay 18

Kerjasama Pas boleh jadi kenyataan

AddThis Sharing Buttons

Pas
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bekerjasama dengan mana-mana parti bagi menubuhkan kerajaan di negara ini selepas PRU14, mampu menjadi kenyataan.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, Pas bukan NGO atau gerakan Islam sebaliknya sebuah parti politik yang fleksibel mengikut arus semasa.

“Pas dilihat mempunyai Plan B untuk berdepan realiti politik. Walaupun menetapkan syarat bagi sebarang kerjasama yang ingin dijalankan bersama mereka tetapi BN dan Pakatan Harapan boleh memenuhi syarat yang dikemukakan atau Pas meninggalkan prinsip mereka.

“Sebagai sebuah parti yang berbentuk fleksibel, mereka pernah menolak prinsip asal iaitu dengan menyertai PR yang ada DAP di dalamnya. Sejarah juga memperlihatkan Pas pernah berada dalam BN dan pernah bekerjasama dengan seteru untuk menang di Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Katanya, Pas dilihat lebih terbuka berbanding sebelum ini dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan menyentuh soal kerjasama antara parti.

“Mungkin mereka sedar sekarang ini mereka berada dalam keadaan panik selepas melihat begitu ramai orang hadir mendengar ceramah  Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kelantan,” katanya.

Menurutnya, meskipun Pas dilihat mendabik dada selepas mengisytiharkan mereka sebagai ‘kingmaker’ namun wujud kegusaran dalam soal hayat politik parti itu pada masa akan datang.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :